JDT Bakal Tubuhkan Pasukan Futsal Tahun Hadapan

Baru-baru ini JDT melalui laman muka buku JOHOR Southern Tigers telah mengumumkan mereka akan membentuk satu pasukan futsal menjelang 2023.

Pengumuman ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat sukan dan futsal tanah air.

Advertisement

Ada yang cakap selepas ini pemain-pemain daripada Selangor MAC dan Pahang Rangers bakal dirembat JDT. Malah ada yang beranggapan JDT akan main bunga api untuk sembilan tahun berturut-turut dalam arena futsal.

Walau bagaimanapun masih ada lagi yang masih positif dengan kehadiran JDT di arena futsal. Mereka menyatakan JDT mampu membantu skuad futsal Malaysia beraksi lebih baik di peringkat antarabangsa.

Buktinya, kehadiran ramai pemain JDT dalam Harimau Malaya telah membuatkan Malaysia mampu bersaing sehingga layak ke Piala Asia.

Jadi tak mustahil futsal JDT mampu berikan impak yang sama terhadap skuad futsal Malaysia.

Persoalannya, adakah futsal JDT akan guna konsep yang sama sebagaimana skuad bola sepak?

Ramai yang kata futsal JDT akan gunakan anak jati negeri lain dan pemain warisan untuk bermain bunga api setiap tahun.

Tapi kita semua ingat, Johor sebenarnya sangat power dalam futsal. Buktinya Johor pernah menjadi juara Liga Futsal Kebangsaan pada tahun 2007. Ubi Johor juga adalah juara futsal SUKMA pada tahun 2011.

Selepas itu, skuad futsal Johor menghilang tanpa khabar berita dan kembali dengan kehadiran JDT pada tahun hadapan.

Cakap pasal anak jati ni sebenarnya ramai je anak jati Johor yang bermain dengan pasukan lain dalam arena futsal.

Antaranya adalah Saiful Nizam yang beraksi dengan Pahang Rangers dan Ekmal Shahrin yang beraksi bersama Selangor Mac.

Jadi adakah anak-anak jati Johor ini bakal direkrut oleh JDT bagi bermain bunga api setiap tahun?

Kita tunggu sahaja nanti dan kepada pasukan lain, bersiap-sedialah.

Comments