Baru-baru ini kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan bahawasanya kelab itu bakal menjalinkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa iaitu UNICEF.
Diberitahu juga jersi hadapan kelab itu bakal dihiasi logo UNICEF sama sebagaimana Barcalona dan Manchester United suatu ketika dahulu.

Kerjasama ini dijangka mampu menarik lebih banyak tajaan daripada syarikat luar negara yang yakin dengan visi dan misi JDT.
Apa yang lebih menarik lagi adalah mengenai perpindahan pemain-pemain berkaliber tinggi ke kelab tersebut.
Kejutan paling besar dalam jendela perpindahan buat pasukan JDT adalah dua orang pemain import iaitu Gonzalo Cabrera dan Endrick dos Santos bakal dinaturalisasikan pada tahun 2022.
Hal ini bermakna kedua-dua pemain itu akan terus berada di kem JDT untuk memudahkan proses pendokumentasian dan naturalisasi lantas memberi banyak pilihan kepada jurulatih skuad kebangsaan.
Safawi Rasid juga diberitakan akan kembali beraksi bersama JDT pada tahun hadapan setelah tempoh pinjaman bersama Portimonense S.C tamat.
Mungkin pada tahun hadapan Safawi bisa mendapatkan kembali minit perlawanannya memandangkan dia hanya memanaskan bangku simpanan skuad utama Portimonense S.C.
Selain itu, JDT berjaya mendapatkan Daniel Amier Norhisham bagi memberi sengat kepada jentera tengah pasukan itu.
Pasukan itu juga diberitakan sedang berunding dengan pemain berdarah Malaysia yang beraksi di Major League Soccer iaitu Isaac Angking bagi membawanya bermain di negara kita.
Bagi posisi yang telah ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo, JDT sedang dalam fasa akhir untuk mendapatkan penyerang daripada Argentina.
Sebelum itu, penyerang yang pernah beraksi bersama AC Milan iaitu Alexander Pato juga turut menjadi sasaran JDT untuk dibawa masuk.
Walau bagaiamanapun, usaha itu gagal apabila Pato mendapat tawaran yang lebih baik untuk beraksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Berita yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak negara adalah mengenai status Mohamdou Sumareh pada musim hadapan.
Ternyata pasukan tersebut menaruh harapan untuk mendapatkan Sumareh bagi beraksi buat pasukan itu pada musim hadapan. Namun begitu, semuanya tertakluk kepada perbincangan bersama pasukan Sri Pahang FC.
Berdasarkan trend perpindahan pemain ke pasukan JDT menunjukkan bahawasanya pasukan tersebut semakin sukar digugat.
Berkemungkinan juga trofi Liga Super akan terus berada di selatan tanah air bagi memastikan slot Asian Championship League senantiasa milik mereka.
Jadi kepada pasukan lain, mantapkan segala aspek bagi memastikan anda semua mampu meruntuhkan dominasi dan ego JDT.
Baca lagi mengenai Johor Darul Ta’zim di sini