JDT Bakal Menentang Borussia Dortmund Di SSI

Malam tadi, JDT menerusi laman facebooknya iaitu JOHOR Southern Tigers mengumumkan mereka bakal menentang Borussia Dortmund pada 28/11/2022.

Pengumuman ini memberikan keterujaan kepada peminat bola sepak tempatan kerana sudah agak kelab-kelab dari Eropah tidak beraksi di negara kita.

Advertisement

Tapi sebenarnya JDT bukanlah pilihan awal untuk menentang BVB. Ini kerana pada asalnya, BVB hanya akan berkunjung ke Indonesia, Singapura dan Vietnam dalam jelajah Asia.

Semua berubah apabila BvB membatalkan perlawanan persahabatan di Indonesia kerana menghormati Tragedi Kanjuruhan Malang yang berlaku baru-baru ini. Ditambah pula kesemua aktiviti bola sepak di Indonesia telah diberhentikan seketika bagi memberi kepada penyiasatan.

Oleh sebab itu BvB memilih Malaysia sebagai ganti dengan JDT menjadi lawan yang paling ideal untuk mereka.

Buat pengetahuan semua, ini bukan kunjungan pertama BvB ke negeri Johor. Pada tahun 2015, mereka pernah berkunjung ke Larkin untuk perlawanan persahabatan menentang JDT.

Dalam perlawanan tersebut, BvB dibarisi oleh beberapa pemain berprofil tinggi seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Shinji Kagawa dan Marco Reus.

JDT pula dibarisi oleh 9 orang pemain skuad kebangsaan. Dijangka JDT mampu memberi sedikit cabaran ekoran lambakan pemain skuad kebangsaan di sana.

Tapi sayangnya, BvB mengulangi rekod Kelantan pada musim 2013 dengan mengayam-ayamkan JDT melalui keputusan 6-1.

Apa yang boleh dibanggakan adalah JDT berjaya menjaringkan satu gol ke atas skuad kendalian Jurgen Kloop menerusi Gary Steven Robart.

Bagi perlawanan JDT vs BvB tahun ini, nampaknya skrip lama tidak akan berulang. Ini kerana JDT masih lagi dibarisi dengan lambakan pemain skuad kebangsaan ditambah dengan pemain warisan dan import yang cukup berkualiti.

BvB pula mungkin tidak dapat membawa keseluruhan skuad utama kerana ada beberapa pemain yang akan beraksi di Piala Dunia.

Jadi JDT berpeluang untuk memberi cabaran dalam memastikan mereka tidak diayam-ayamkan oleh BvB.

Apa ramalan anda semua tentang keputusan JDT vs BvB?

Adakah BvB bakal mengulangi rekod Kawasaki Frontale dan Urawa Reds Diamond lantas memberi tunjuk ajar kepada pasukan Liga Super cara-cara mengalahkan JDT?

Comments