Bola Jabulani Piala Dunia FIFA 2010 dianggap “terlalu sempurna”?
Pada kejohanan sukan nombor satu paling popular di dunia ini berlangsung di Afrika Selatan, terdapat begitu banyak kontroversi tetapi kontroversi paling utama adalah bola yang akan digunakan.
Jabulani nama yang diberikan kepada bola hasil ciptaan Adidas. Pada awalnya tampak bola ini akan akan menjadi pencetus revolusi kerana teknologi yang digunakan tetapi sebaliknya berlaku.
Jabulani dijahit secara dalam dan amat berbeza dengan bola-bola yang digunakan selama ini. Jadi bola ini dikatakan bentuknya terlalu sempurna menjadi bentuk sfera disebabkan jahitan di sebelah dalam. Selain itu, permukaan bola yang dicipta untuk lebih aerodinamik ternyata memakan diri kerana kelajuan bola ini di tahap maksimum menjadi lebih 100km/j.
Tambahan pula, apabila bola ini ditendang, bola ini lebih cenderung untuk bergerak secara statik umpama bola ini ditendang menggunakan teknik “knuckle ball”.