
Setelah kekalahan yang sangat memalukan kepada Harry Maguire dan rakan-rakan, Iran perlu bangkit dalam perlawanan kedua bagi memastikan peluang mereka terus cerah.
Tapi lawan yang perlu dihadapi bukanlah mudah. Ini kerana Wales memiliki beberapa orang pemain berpengalaman seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey.
Iran pula perlu bergantung kepada Sardar Azmoun dan pemain-pemain yang berpengkalaman di Eropah untuk mengejut Wales.
Jika dilihat atas kertas Wales memiliki kelebihan yang agak tipis. Ini kerana kali terakhir kedudukan pasukan bertemu adalah pada perlawanan persahabatan tahun 1978. Ketika itu Wales berjaya mengalahkan Iran dengam jaringan 1-0.
Hari ini segalanya sudah berbeza kerana kedua-dua pasukan tampil dengan Permainan yang berbeza. Bermula sahaja perlawanan, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan bertali arus.
Hasilnya, Iran dapat menjaringkan gol pendahulu melalui Ali Gholizadeh pada minit ke-15. Tapi jaringan itu telah dibatalkan keran Ali Gholizadeh berada dalam kedudukan ofside. Tamat separuh masa pertama, kedudukan masih lagi tanpa jaringan.
Memasuki separuh masa kedua, Iran meningkatkan intensiti permainan hingga hampir sahaja menjaringkan gol sebanyak dua kali. Malangnya tiang menjadi penghalang niat suci Iran.
Menjelang 4 minit sebelum masa perlawanan sebenar tamat, Wayne Hennessey telah dilayangkan kad merah. Hal ini sekaligus memberikan sedikit kelebihan kepada Iran walaupun masa semakin suntuk.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Iran apabila berjaya menjaringkan dua gol kemenangan menerusi Roozbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian. Hasilnya Iran dapat mengintai peluang untuk layak ke peringkat 16 terbaik.
Kepada sebuah pasukan di Liga Super sila lihat bagaimana Iran beraksi untuk menang menentang 10 orang pemain.