Ini Kisah Tentang Perang Bola Sepak

Insiden panas dalam perlawanan bola sepak acapkali kita saksikan tidak kiralah dalam ataupun luar negara. Bagi dalam negara, situasi paling diingati adalah ketika separuh akhir Piala FA antara Pahang menentang JDT pada tahun 2013.

Ketika itu katanya berlaku sedikit ketegangan sehingga perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat limpahan penonton di trek balapan. Serentak dengan itu, balingan objek bergentanyangan di udara sehingga mencederakan kedua-dua penonton.

Advertisement

Namun begitu, tahukah anda bahawa ada insiden lebih panas daripada tadi iaitu perang bola sepak. Nak tahu, ayuh soroti artikel ini.

Perang Bola Sepak atau dikenali sebagai Perang 100 Jam adalah pertempuran ringkas yang terjadi antara El Savador dan Honduras pada tahun 1969. Ketegangan yang wujud antara kedua-dua negara ini diburukan lagi dengan rusuhan semasa kelayakan Piala Dunia 1970.

Akibatnya, El-Savador telah mengumumkan bahawa mereka akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Honduras. Kedua-duanya telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan tentera mereka bagi menghadapi segala kemungkinan. Pada awal 14 Julai, tentera El-Salvador mula menyerang Honduras dan berjaya menduduki beberapa pulau milik Honduras.

Namun begitu, Honduras juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memusnahkan hampir keseluruhan angkatan udara El-Salvador. Walau bagaimanapun, OAS telah berjaya melakukan rundingan gencatan senjata antara kedua-dua buah pihak pada bulan Julai.

Dengan itu, El-Salvador telah bertindak menarik kembali tenteranya daripada medan perang pada awal Ogos. Peperangan itu juga telah menyebabkan 250 orang tentera El-Salvador dan orang awam terbunuh manakala kecederaan pula berjumlah sekitar 2000.

Persoalannya, mampukah insiden panas bola sepak pada hari ini dibawa kepada peperangan? Mungkin ianya sudah tidak lagi relevan kerana bola sepak adalah sukan yang seharunya dinikmati. Jika ada insiden panas antara negara pun hanyalah bersifat seperti perang mulut sahaja sama sebagai mana Malaysia dan Indonesia.

Comments