Memandangkan undian Piala Malaysia sudah dimuktamadkan dengan pasukan JDT seseolah mendapat laluan mudah sehingga peringkat akhir.

Pasti ramai yang tidak mengetahui bagaimana Piala Malaysia bermula dan boleh dikatakan sangat agung sehinggakan kemeriahaannya lebih dirasai berbanding Liga Super.

Advertisement

Liga Super ataupun pernah dikenali sebagai Liga Perdana 1 dikatakan sebagai kelayakan untuk pasukan beraksi di Piala Malaysia. Mungkin inilah sebab saingan merebut trofi ini lebih terasa bahang dan debarannya.

Tahukah anda, Piala Malaysia telah dipertandingkan seawal tahun 1921 dimana pada ketika itu disertai oleh negeri-negeri Tanah Melayu.

Piala ini dikenali sebagai Piala Malaya yang menemukan juara utara dan juara selatan pada perlawanan akhir.

Pada edisi pertama Piala Malaya, ianya telah dimenangi oleh pasukan Singapura dengan jaringan 2-1 mengatasi Selangor.

Tahun 1933 menyaksikan piala ini bertukar nama kepada Piala H.M.S Malaya apabila kapten kapal H.M.S Malaya sudi meyumbangkan sebuah trofi untuk kejohanan ini.

Edisi pertama Piala H.M.S Malaya menyaksikan Singapura berjaya menumbangkan Selangor dengan kemenangan besar 8-2.

Sekitar tahun 1967, nama Piala H.M.S Malaya telah digantikan sebagai Piala Malaysia dan pasukan Perak menjadi pemenang pada edisi pertama apabila berjaya menewaskan Singapura.

Pada ketika itu, kejohanan ini didominasi oleh pasukan Selangor serta Singapura dengan hanya beberapa kali pasukan lain dapat mendakapnya.

Bayangkan pada masa tersebut Selangor berjaya mendapat sembilan trofi dalam 13 perlawanan akhir, itu adalah satu rekod yang menakjubkan.

Singapura semakin menonjol dengan kehadiran bintang sensasi iaitu Fandi Ahmad yang berjaya menjaringkan gol ketika berumur 17 tahun apabila berjaya mengalahkan pasukan Selangor.

Kuala Lumpur juga bikin rekod yang begitu unik apabila berjaya menjuarai trofi ini untuk tiga tahun berturut dengan mengalahkan pasukan sama iaitu Kedah.

Menjelang tahun 1995, pasukan Singapura telah bertindak untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia berikutan berlaku sedikit pertindihan diantara FAS dan FAM.

Bermula sejak itu kita dapat menyaksikan pengakhiran kepada dominasi pasukan Selangor dan Singapura dalam Piala Malaysia.

Walaupun pada ketika itu Selangor berjaya menjuarai trofi ini tiga kali berturut-turut, mereka perlukan empat tahun untuk mendakap ianya kembali.

Malahan selepas itu, Selangor mengambil masa 9 tahun untuk menjadi juara Piala Malaysia. Tahun 1999 menyaksikan untuk pertama kalinya pasukan daripada Borneo iaitu Brunei berjaya menjuarai Piala Malaysia dengan menewaskan Sarawak.

Perlawanan ini menjadi isu panas apabila ianya tidak dilangsungkan di Borneo kerana ketika itu tidak ramai orang Bornoe bermastautin di ibu kota.

Memasuki era milenium, Terengganu menjadi pasukan pertama yang menjuarai trofi ini dengan jaringan 2-1 menewaskan Perak.

Malang buat pasukan Sabah apabila mereka kalah kedua-dua final kepada pasukan yang berasal daripada Selangor.

Buat pertama kalinya pada 2003, pasukan berasaskan kelab berjaya menjulang trofi tersebut dan hari ini, kelab itu telah kembali ke negeri cacing.

Pada tahun lepas, kita menyaksikan JDT berjaya menewaskan Kedah dengan jaringan mudah 3-0.

Hal itu telah membuatkan JDT berjaya julang trofi untuk kali kedua setelah tahun 2017 dengan menewaskan lawan yang sama.

Dalam musim kali ini, format Piala Malaysia telah dijalankan secara kalah mati dan pemenang akan beraksi di Piala AFC pada tahun hadapan.

Perkara tersebut memberikan nilai tambah apabila sebelum ini ada segelintir insan menganggap piala tersebut tidak penting.

Bagi tahun-tahun mendatang, mungkin format ini boleh digunakan untuk menambahkan prestij kepada Piala Malaysia disamping sebagai piala teragung dan tertua.

Apa jangkaan anda, adakah JDT berjaya mempertahankan trofi ini ataupun Selangor berjaya dalam misi 34.

Mungkin juga pasukan kecil seperti PJ City FC dan Kuching FA akan buat kejutan untuk menjuarai Piala Malaysia?

#iSportsAsia

Comments