Setiap atlet sudah pasti akan bercita cita untuk mengharumkan nama negara. Tahukah anda bahawa terdapat ramai individu yang telah mewakili pasukan luar negara dalam pelbagai jenis sukan.
Jika kita ada Nazmi Faiz yang pernah beraksi bersama SC Beira Mar, kita juga mempunyai AmTuah yang pernah mewakili Schalke 04 untuk kategori esukan.
AmTuah yang mewakili Schalke 04 pada tahun 2018 telah bertanding dalam kejohanan Virtuelle Bundesliga yang berlansung di Jerman.
AmTuah juga berhadapan dengan pemain-pemain terbaik dunia yang berasal dari benua Amerika dan juga Eropah.
Beliau yang telah berkecimpung di dalam arena esukan selama empat tahun sebelum berlangsungnya kejohanan itu.
Beliau berpendapat bahawasanya kejohanan ini merupakan batu loncatan untuk arena esukan terutamanya buat permainan FIFA di Malaysia.
Mendapat peluang untuk mewakili Schalke 04 pada ketika itu merupakan penghargaan tertinggi walaupun AmTuah pernah dinobatkan juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali.
Pada kejohanan itu, AmTuah yang merupakan wakil tunggal Asia telah bertanding menentang 23 pemain lagi.
Beliau berjaya mara sehingga ke Pusingan Lapan terbaik dalam kejohanan itu. Kemaraan AmTuah itu terkandas apabila tewas kepada pemain Jerman yang bernama The Stranger.
Pemain tersebut juga berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir sebelum tewas.
Sehingga kini, hanya beliau seorang sahaja yang pernah beraksi dan mewakili pasukan esukan yang beraksi di benua Eropah.
Pencapaian ini sangat mengkagumkan dan secara tidak langsung memberi semangat kepada pemain-pemain lain untuk menempuh cabaran di negara luar.
Baca juga BOLEHKAH MENJADI JUTAWAN DENGAN HANYA BERMAIN GAME SAHAJA? di sini