Drama dan kontroversi adalah aspek utama yang menghiasi jendela perpindahan musim sejuk bagi sukan bola sepak.

Sudah semestinya berapa banyak wang yang akan dibelanjakan juga menjadi bualan hangat untuk peminat bola sepak.

Advertisement

Peminat sudah pasti tidak mahu kelab bola sepak kegemaran mereka membelanjakan wang terlalu tinggi untuk pemain tertentu.

Kebiasannya keterujaan perpindahan pemain ini akan dirasai pada hari pertama dan kemuncaknya adalah jam jam terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

Saat itu kita mungkin akan melihat beberapa perpindahan pemain berjaya dimaterai tetapi akan ada juga perpindahan yang tidak berjaya kerana beberapa isu.

Jendela perpindahan musim sejuk untuk tahun ini dibuka pada tarikh 2 Januari dan dijangka akan ditutup semula pada 1 Februari pada jam 11.00PM waktu tempatan.

Walaupun ada beberapa liga di Eropah yang waktunya sedikit berlainan, namun setiap kali musim perpindahan musim sejuk, sudah pasti Liga Perdana Inggeris yang akan menjadi tumpuan.

Hal ini disebabkan oleh kelab-kelab bola sepak di Liga Perdana Inggeris lebih cendurung untuk membelanjakan wang mendapatkan pemain pada musim sejuk ini.

Terdapat beberapa nama besar yang dikhabarkan akan berpindah pada jendela perpindahan musim sejuk ini, antaranya adalah Lionel Messi, Mesut Ozil, David Alaba dan ramai lagi.

Bagi kes Lionel Messi dan David Alaba telah kita ulas pada artikel sebelum ini. Namun apakah nasib pemain bintang seperti Mesut Ozil?

Sanggupkah Arsenal membayar gaji mingguan kepada beliau walaupun tidak diturunkan? Adakah Arsenal terpaksa melepaskan Ozil secara percuma setelah tamat kontrak pemain itu.

Walaupun Arsenal masih lagi tidak mampu menyelesaikan konflik dalaman pasukan itu dengan Mesut Ozil.

Namun Arsenal sudah pasti tidak akan mendiamkan diri kerana mereka dikhabarkan sedang melihat perkembangan pemain bintang Sepanyol yang bermain untuk Real Madrid, Isco.

Arteta yang jelas kehilangan pemain kreatif dalam padang pasti mahu menagih aksi daripada Isco jika berjaya menandatangani beliau.

Namun harus diingatkan bahawa bukan semua perpindahan sewaktu musim sejuk akan memberi kebaikan kepada kelab.

Hal ini demikian kerana perpindahan sewaktu pertengahan musim memerlukan pemain-pemain cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan suasana liga yang baharu.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments