Indonesia: Pasukan Asia Pertama Yang Layak Ke Piala Dunia

Apabila bercakap tentang pasukan bola sepak paling hebat di Asia Tenggara, pasti Vietnam dan Thailand menjadi sebutan.

Hal ini demikian kerana Vietnam merupakan pasukan yang berada pada ranking ke-98 dunia. Manakala Thailand pula telah dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki sebanyak 6 kali serta dihiasi oleh pemain-pemain yang beraksi di liga luar negara.

Advertisement

Persoalannya, pencapaian dua negara ini dalam sukan bola sepak sudah cukup hebat ke?

Jawapannya tidak kerana ada satu lagi negara di Asia Tenggara yang miliki pencapaian yang sangat hebat.

Buat pengetahuan anda semua, Indonesia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia edisi 1938. Lebih mengkagumkan lagi Indonesia turut menjadi negara Asia pertama ke Piala Dunia apabila menggantikan posisi Jepun sebagai wakil tunggal Asia.

Sayangnya ketika itu Indonesia belum wujud lagi kerana kawasan yang terbentang luas dari Sabang ke Marauke dikenali sebagai Dutch East Indies ataupun Hindia Timur Belanda.

Jadi pasukan yang dibawa ke Piala Dunia itu merupakan campuran anak jati dan rakyat Belanda. Jangan terkejut juga kerana jersi yang digunapakai ketika itu sangat menyerupai Belanda.

Perjalanan pertama Indonesia ke Piala Dunia pertama mereka hanya terhenti setakat peringkat awal sahaja apabila tewas besar 6-0 kepada Hungary. Format kalah mati yang digunakan ketika itu terus menghantar Indonesia ke rumah suster ngensot.

Itulah aksi pertama dan terakhir Indonesia di pentas Piala Dunia. Selepas itu mereka hanya mampu sampai sehingga peringkat ke-3 kelayakan Piala Dunia zon Asia sahaja.

Dalam pusingan kelayakan ke-3 Piala Dunia edisi 2020 yang dilangsung secara karnival di UAE, Indonesia hanya mampu berpuas hati sebagai pasukan ditangga tercorot. Bukan itu sahaja, Indonesia sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Thailand sebagai satu-satu mata yang berjaya diperolehi. Baki perlawanan yang lain, Indonesia telah ditewaskan.

Walau bagaimanapun dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, Indonesia kembali bangkit dengan negara sehingga mampu mara ke final tanpa kalah.

Langit tidak selalunya cerah, Indonesia telah bolos 4 gol pada final pertama menentang Thailnad di Singapura. Bahkan 4 gol yang dijaringkan oleh pemain Thailand seperti pasukan itu sedang bermain futsal di Segambut.

Persoalannya, mampukah Indonesia melakukan keajaiban dengan menjaring 5 gol bagi menewaskan Thailand pada final kedua nanti?

Comments