Ikhsan Fandi: Bintang Baru Bola Sepak Singapura

Dalam perlawanan Singapura menentang Myanmar, bintang baru bola sepak Singapura iaitu Ikhsan Fandi telah menjaringkan dua gol bagi membantu negara itu mendapatkan kemenangan pertama dalam Piala AFF Suzuki.

Apa yang menariknya adalah, Ikhsan Fandi merupakan anak kepada legenda bola sepak Singapura iaitu Fandi Ahmad. Sedikit trivia, Fandi Ahmad sememangnya merupakan penyerang yang agak hebat. Malah beliau juga pernah beraksi bersama kelab Eropah iaitu Groningen di Eredivisie.

Advertisement

Fandi pantas mempamerkan kemampuannya apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika kali pertama beraksi dengan Groningen. Malah beliau juga mengejutkan dunia bola sepak Asia Tenggara melalui jaringannya dalam perlawanan menentang Inter Milan di saingan Eropah.

Sayangnya Fandi Ahmad hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja bersama Groningen sebelum terpaksa pulang angkara kecedaraan. Secara keseluruhannya, Fandi Ahmad beraksi sebanyak 36 perlawanan dan mencetak 11 gol bersama Groningen.

Hari ini, Ikhsan Fandi kelihatan seperti mengikut jejak langkah bapa dengan mengambil langkah berani untuk beraksi di Eropah. Pada tahun 2019, Ikhsan telah menghadiri sesi percubaan di Norway bagi mencuba nasib beraksi di luar negara.

Tanpa disangka-sangka, Ikhsan Fandi telah ditawarkan kontrak 2 tahun oleh kelab Raufoss IL. Bersama Raufoss IL, Ikhsan Fandi beraksi sebanyak 53 perlawanan dan berjaya mencatat 12 jaringan.

Walau bagaimanapun selepas dua tahun, Ikhsan Fandi telah berpindah ke FK Jerv yang beraksi di divisyen dua liga Norway. Bersama FK Jerv, Ikhsan Fandi telah beraksi sebanyak 24 perlawanan dan mencatatkan 4 gol.

Hal itu lantas berjaya membantu FK Jerv menduduki tangga ketiga Liga Divisyen Dua Norway. Jika Ikhsan Fandi dan FK Jerv mampu konsisten sehingga ke akhir musim, tidak mustahil pasukan itu berjaya beraksi di divisyen pertama Norway.

Secara tidak langsung, Ikhsan Fandi akan terdedah dengan persaingan yang lebih kompetitif. Malah tidak keterlaluan, mungkin kelab-kelab besar mula memerhatikan bakatnya.

Jika ini terjadi, nescaya Ikhsan Fandi akan mampu mengulangi kegemilangan yang pernah dicipta oleh Fandi Ahmad. Bahkah Ikhsan Fandi mampu memecahkan rekod dan kegemilangan tersebut.

Namun Ikhsan Fandi telah mengambil keputusan untuk menyertai BG Pathum United untuk bergandingan bersama Diogo.

Setakat ini, Ikhsan Fandi telah berjaya menjaringkan 9 gol dalam 15 perlawanan. Berdasarkan rekod tersebut, Ikhsan Fandi telah dijadikan sandaran baru bagi serangan pasukan Singapura. Buktinya malam tadi kita dirobek dua kali dengan hanya counter attack sahaja.

Bagi Malaysia pula, bila lagi kita mampu lahirkan baka penyerang seperti Ikhsan Fandi?

Ya betul kita sudah ada Syafiq Ahmad tetapi jika beliau cedera, pilihan yang tinggal hanya Luqman Hakim.

Luqman pula masih lagi tidak mampu menunjukkan potensinya yang sebenar ataupun mungkin kita perlu bergantung harap kepada De Paula?

#iSportsAsia

Comments