Tahukah anda, FC Men merupakan sebuah kelab bola sepak Korea Selatan yang bernaung di bawah Suwon Samsung Bluewings pada tahun 2011. Kelab ini dianggotai oleh para pelakon K-drama dan penyanyi K-pop.
FC Men hanya beraksi di perlawanan-perlawanan amal dan diberikan peluang untuk memakai jersi kelab Suwon Samsung Bluewings. Ketua pasukan bagi FC Men ialah Kim Junsu yang juga merupakan bekas anggota kumpulan JYJ.
Advertisement
Antara ahli pasukan lain bagi FC Men ialah Yang Yo-seob daripada kumpulan Beast dan Lee Gi-kwang yang pernah menerajui drama My Princess. Pasukan ini dilatih oleh bekas penjaga gawang Korea Selatan iaitu Jung Sung-Ryong.