Penyumbang Pingat Emas Pertama Filipina, Hidilyn Diaz Pernah Berlatih di Kesang Tua, Jasin, Melaka

153
Tokyo 2020 Olympics - Weightlifting - Women's 55kg - Medal Ceremony - Tokyo International Forum, Tokyo, Japan - July 26, 2021. Gold medalist Hidilyn Diaz of the Philippines reacts. REUTERS/Edgard Garrido

Pantang mengalah, itu perkataan yang sesuai bagi menggambarkan kejayaan yang dikecapi oleh atlit angkat berat Filipina. Hidilyn Diaz mencipta sejarah untuk negaranya apabila menyumbangkan pingat emas Olimpik pertama untuk Filipina melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Tersangkut di Malaysia sejak Februari tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, Diaz pada mulanya agak resah terpaksa berlatih di gimnasium sementara yang dikelilingi pokok pisang dan rambutan – tempat latihan yang mustahil mampu memberikan emas kepadanya di Olimpik Tokyo.

Diaz, 30, pemenang pingat di Olimpik Rio 2016, walaupun tersangkut di Malaysia tetapi tetap bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama dari Filipina.

Diaz berada dalam prestasi terbaik dengan meraih pingat setiap kali menyertai kejohanan besar. Antaranya mendapat pingat perak di Olimpik Rio 2016 bagi kategori 53kg dan tempat ke-3 di Kejohanan Dunia di Pattaya 2019 bagi kategori 55kg. Pingat emas terakhir yang dimenangi oleh Diaz adalah di kejohanan Sukan Asia di Indonesia pada 2018 bagi kategori 53kg. Kesemuanya pingat dalam Clean & Jerk.

Advertisement

Daiz merupakan seoarang anak pengayuh beca yang berasal dari sebuah perkampungan miskin berhampiran Pelabuhan Zamboanga di Mindanao dan seorang anggota Tentera Udara Filipina berpangkat sarjan tidak bertemu keluarga sejak Disember 2019.

Sejarahnya kenapa dia Hidilyn Diaz (HD) datang ke Malaysia sejak Februari 2020 adalah disebabkan jurulatihnya Gao Kaiwen yang berpendapat ia lebih baik untuk HD fokus kearah tumpuan untuk layak ke Tokyo.

Namun disebabkan Malaysia turut melaksanakan sekatan pergerakan akibat Covid-19 yang menyebabkan Diaz berhadapan dengan situasi di mana gimnasium ditutup, tidak ada akses kepada peralatan angkat berat dan ketidakpastian sama ada sukan itu akan diadakan atau tidak.

“Pada mulanya ada banyak kegelisahan, ketakutan, dan kebimbangan kerana kami berada di Malaysia – kami tidak tahu di mana harus tinggal, kami tidak tahu di mana untuk berlatih,” kata Diaz.

Selama berbulan-bulan Diaz dan jurulatihnya “Team HD” ‘terperangkap’ di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur di mana mereka harus berhati-hati agar tidak memecahkan lantai berjubin ketika berlatih dengan angkat berat.

Tetapi Diaz yang tidak pernah menyerah kalah berjaya mencari masa untuk mengumpulkan wang melalui sesi latihan dalam talian untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada keluarga miskin di kampung halamannya yang menderita akibat pandemik Covid-19.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Diaz dan pasukannya berpindah ke kawasan perkampungan di Kesang Tua, Jasin, Melaka di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Diaz menggunakan gimnasium yang terletak berdekatan rumah yang ditumpangnya itu, tetapi apabila sekatan pergerakan diperketat memaksanya untuk bersenam di tempat letak kereta di rumah tersebut dan terpaksa bertarung dengan cuaca panas di tempat terbuka berbanding latihan di gimnasium yang ada pendingin hawa.

“Setiap kali ada sekatan perjalanan, dunia kami benar-benar terhenti dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dan anda terkejut,” katanya.

“Sekiranya saya tidak mempunyai Team HD, saya mengaku tidak akan berada di sini, saya akan pulang ke Filipina.”

Masalah itu memberi kesan kepada Diaz, yang hanya meraih di tempat keempat di Kejohanan Asia di Tashkent pada April, pertandingan pertamanya selepas lebih dari satu tahun. Itu cukup untuk mendapatkannya tempat di Olimpiknya, tetapi jauh dari yang terbaik, akuinya.

Diaz menjalani kuarantin 10 hari lagi setelah kembali, enam hari dikurung di bilik hotel dengan empat hari terakhir di rumah, menggunakan basikal senaman, dumbbell dan gelang getah untuk mengekalkan kecergasan dan kekuatannya.

Berlatih dalam keadaan luar biasa hanya di parkir rumah, Diaz turut disertai oleh penduduk Kesang Tua yang ingin belajar bagaimana mengangkat berat.

“Saya gembira apabila ramai remaja tempatan mahu menceburi sukan angkat berat dan mereka menjadi terpesona, begitulah juga saya memulainya,” kata Diaz, yang memulakan dengan mengangkat balang air 18 liter untuk keluarganya semasa kecil.

“Mereka kata saya langsung tidak senyum. Tetapi saya perlu fokus. Kita perlu berlatih,” katanya.

Hasil daripada kerja keras itu, Diaz akhir menyumbangkan emas pertama dalam sejarah negaranya hari ini apabila mengetepikan cabaran penyandang juara yang juga peserta pilihan dari China, Liao Qiuyun.

“Kepada semua penduduk yang membantu kami di Kesang Tua, Jasin Melaka, mak cik Rafidah dan keluarga. Pada ketika itu saya keliru dan takt ahu mana nak pergi, kamu beri saya rumah, kamu beri apa yang kami perlukan gym, mahupun berus gigi kerana dia katakan kita keluarga.

“Saya sangat bersyukur kerana kamu semua membantu saya yang diberikan Tuhan, Allah berikan. Saya juga bersyukur dapat berlatih dengan anak-anak muda di Kesang Tua, di Nyalas juga.”

Pastinya keluarga angkat HD dan penduduk tempatan Kesang Tua turut berbangga dengan
Kejayaan HD.

Sumber: AFP

Comments