Skuad Harimau Malaya dijangka bakal menjadi rakyat Malaysia terawal yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Hal ini demikian kerana skuad kebangsaan perlu mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Mac.

Advertisement

Difahamkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pemberian suntikan vaksin bagi memastikan pemain dan pegawai yang terlibat dengan perlawanan bola sepak tidak terinfeksi dengan pandemik.

Saranan itu disambut dengan tangan kanan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan iaitu Tan Cheng Hoe.

Beliau berharap agar pemberian suntikan itu selamat dan tidak memberi apa-apa kesan negatif hingga merencatkan perjalanan skuad negara.

Beliau juga optimis suntikan itu akan membantu skuad negara meredakan sedikit ancaman Covid-19 kerana mereka perlu pergi ke luar negara.

Walau bagaimanapun, terdapat ura-ura perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bakal ditangguh ke bulan Jun dan dijalankan secara karnival dengan satu negara menjadi tuan rumah.

Hal ini kerana negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia masih lagi menunjukkan trend peningkatan kes Covid harian.

Malah, negara kita juga sedang melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Jadi bermakna aktiviti secara berkumpulan tidak akan dibenarkan sama sekali, mungkin boleh dilaksanakan di Sarawak kerana hanya negeri itu sahaja masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

Berita baiknya, skuad Harimau Malaya masih lagi dibenarkan mengadakan latihan pusat secara kuarantin pada 29 Januari.

Persoalannya, venue latihan masih lagi belum ditentukan dan pusat latihan milik JDT dikatakan menjadi sebutan untuk digunakan.

Malaysia juga telah menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk penganjuran Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 secara karnival.

Begitupun jika kes Covid-19 makin teruk, berkemungkinan besar kerajaan bakal melaksanakan PKP yang agak ketat selepas 4 Februari sama seperti tahun lalu.

Apa akan jadi kepada skuad kebangsaan, mungkinkah terpaksa menarik diri bagi memutuskan rantaian Covid-19?

#iSportsAsia

Oleh: Azmil Azali

Comments