Malam tadi telah berlangsung perlawanan pertama separuh akhir Piala AFF antara Malaysia menentang Thailand.
Jika dilihat atas kertas, Thailand memiliki kelebihan kerana berada di ranking lebih tinggi. Ditambah lagi Thailand diperkuatkan dengan begitu ramai pemain berkualiti yang sudah beraksi bersama terlalu lama.
Malaysia pula tampil dengan skuad serba baru yang kadangkala ok dan kadangkala ko. Tapi kena ingat kali terakhir Malaysia tewas kepada Thailand adalah pada tahun 2014 lalu. Selepas itu Malaysia terus mencatat 4 kemenangan dan dua keputusan seri.
Bermula sahaja perlawanan, Thailand yang terlebih dahulu melancarkan serangan bertali arus ke gawangan Malaysia tapi semua hampa.
Malaysia pulak yang secara tiba-tiba berjaya mencarikan gol. Semuanya bermula daripada sepakan percuma jauh yang diambil oleh Sharul Nazeem. Sepakan lambung itu tepat menuju ke V. Ruventhiran dan tandukan dibuat ke arah Faisal Halim yang cuma perlu menolak masuk bola ke pintu gol.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand pun makin menguatkan asakan sehingga bertubi-tubi gawang Malaysia diserang. Tapi barisan pertahanan Malaysia berjaya menyekat setiap serangan Thailand dengan cemerlang.
Disebalik kerakusan Thailand menyerang, Malaysia juga sekali-sekala cuba untuk lancarkan counter attack. Hasilnya Malaysia hampir menambah gol kedua tapi sepakan Quentin Cheng sedikit tinggi.
Macam biasa, Thailand terus menyerang dan menyerang sehingga tamat separuh masa pertama yang berkesudahan Malaysia mendahului 1-0.
Memasuki separuh masa kedua, Thailand tak beri ruang kepada Malaysia apabila terus mengasak bertubi-tubi.
Pada minit ke-55, Malaysia berjaya menjaringkan gol kedua setelah Dominic Tan menanduk boleh sebelum sempat penjaga go Thailand iaitu Kittipong Phoothawchuek menepis.
Walau bagaimanapun, jaringan tersebut telah dibatalkan atas dakwaan pemain Malaysia melakukan kekasaran terhadap pemain Thailand.
Pembatalan jaringan tersebut membuatkan Malaysia agak bercelaru sedikit apabila Thailand dengan mudah menguasai perlawanan dan melancarkan serangan.
Mujurlah barisan pertahanan Malaysia terus berdisiplin sehingga Thailand sangat sukar untuk mendapat banyak on target.
Dalam keghairahan Thailand menyerang, mereka hampir sahaja memperolehi penalti setelah salah seorang pemain mereka dikasari.
Tapi pengadil tidak hiraukan segala bantahan dan rayuan Thailand lantas meneruskan sahaja perlawanan. Ada yang cakap pengadil sebenarnya cuba menebus kembali kesalahnya yang membatalkan jaringan Malaysia pada separuh masa pertama.
Thailand harus move on dari situasi itu dan terus menyerang seperti biasa. Malaysia pula bertahan sehingga tiupan wisel yang terakhir.
Tamat perlawanan, Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan 1-0. Bermakna hanya bekalan tipis yang akan dibawa oleh Malaysia untuk berkunjung ke Thailand.