Masalah kemiskinan dekat Brazil ni memang sangat teruk sampai rakyat sangat bergantung kepada bola sepak untuk ubah hidup mereka. Salah satunya adalah Gabriel Jesus.
Sejak dari kecil lagi Gabriel Jesus memang sangat berbakat dalam bola sepak sehingga mengkagumkan kejiranan Jardim Perinya di Sao Paulo. Dia punya power tu sampai berjaya memikat sebuah kelab dekat bandar terdekat.
Tapi masalahnya, nak ke sana agak jauh dan Gabriel Jesus tidak akan kelengkapan sukan yang sempurna. Apa dia buat adalah berjalan kaki selama dua jam ke bandar sebelah. Masa latihan pula Gabriel Jesus hanya gunakan kasut getah sahaja. Itulah rutin dia setiap minggu sehingga bakatnya dikesan oleh Palmeiras.
Di Palmeiras, Gabriel Jesus mempamerkan kehebatan dengan menjaringkan 37 gol dalam 22 perlawanan. Secara tak langsung, aksi dia menarik perhatian kelab-kelab Eropah, Hari ini Gabriel Jesus menjadi antara penyerang berbisa buat Brazil.
Walau bagaimanapun tak semua kanak-kanak dekat Brazil mampu berjaya dengan bola sepak seperti Gabriel Jesus. Jadi macam mana nak ubah hidup?
Brazil ni boleh dikatakan penyumbang kepada bakat bola sepak dunia. Sekalipun tidak berjaya beraksi dengan kelab besar Eropah, mereka masih boleh bermain di tahap tertinggi negara kecil Eropah seperti Iceland dan Slovakia.
Selain itu mereka boleh merantau ke liga-liga Asia seperti Saudi Pro League dan K-League. Kalau rasa nak jadi bintang pujaan, datang je ke liga-liga Asia Tenggara. Dekat sini pun Diogo, Bergson dan Carlos Kahe pun boleh jadi power.
Oleh sebab itu jangan bila Oscar cakap dia lagi rela terima tawaran lumayan kelab China berbanding main dengan Brazil. Katanya caps dengan Brazil tak mampu bagi keluarga dia makan nasi.