Sepak takraw adalah sukan yang dimainkan antara dua pasukan dengan memiliki tiga orang pemain setiap satu.

Sukan ini juga agak serupa seperti badminton dimana terdapat jaring yang memisahkan kedua-dua pasukan dan dimainkan dalam gelanggang.

Advertisement

Tahukah anda, pada asalnya bola takraw diperbuat daripada rotan dan hari ini telah digantikan dengan plastik.

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawasanya sukan sepak takraw boleh dijejaki seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Persoalannya sekarang siapa pula yang mengasaskan sukan sepak takraw moden?

Memperkenal Encik Hamid Bin Mydin adalah orang pertama yang mengasaskan sukan sepak takraw.

Buat pengetahuan anda semua, sebelum ini sepak takraw dimainkan secara dalam bulatan dan dikenali dengan bermacam nama di seluruh Asia Tenggara.

Malaysia mengenalinya sebagai sepak raga, Thailand pula adalah takraw dan Myanmar memanggilnya chinlone.

Sepak takraw sebenarnya dicipta berdasarkan pengaruh daripada permainan sepak raga dan badminton.

Penggunaan gelanggang, jaring dan kutipan mata adalah diambil daripada suka badminton.

Jadi bagaimanakah Hamid Mydin mendapat ilham untuk mengasaskan sukan sepak takraw?

Semuanya bermula apabila permainan sepak raga bulatan mula ditinggalkan oleh anak muda sehingga pertandingan sukan tradisi itu tidak mendapat perhatian.

Maka, Hamid Mydin mula terfikir untuk merevolusikan sepak raga agar kekal relevan di mata masyarakat.

Bermula dari situ Hamid Mydin dan rakannya bercadang untuk memainkan sepak raga secara dalam gelanggang dengan menggunakan jaring.

Berbekalkan sebatang kapur di atas sebuah bekas tapak hospital haiwan, Hamid Mydin melakar gelanggang terawal sepak takraw dan tali rami dijadikan sebagai jaring.

Kedua-dua sahabat itu pun mengguna bola raga usang lalu memainkan sepak raga seperti badminton.

Pada petang keesokannya, Mydin Hamid mula bereksperimentasi dengan memainkan sepak raga menggunakan empat tenaga iaitu dua menentang dua.

Beliau tidak berpuas hati lantas menggunakan enam tenaga dalam gelanggang dengan tiga menentang tiga.

Selepas itu, anak muda kembali meminati sukan sepak raga dengan meninggalkan bulatan dan mula bermain secara gelanggang berjaring.

Beberapa perubahan dibut terhadap sukan sepak raga sehingga mendapat perhatian masyarakat Thailand.

Bantuan daripada Yusof Latif yang pernah jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sepakraga Malaysia tidak boleh dinafikan kerana format sepak takraw pada hari ini banyak berasal dari beliau.

Dalam masa yang singkat, sepak raga mula dipertandingkan di stadium-stadium tertutup dan bukan lagi di kawasan lapang.

Hari ini, sepak takraw menjadi sukan yang sangat popular di rantau Asia Tenggara. Pertemuan panas antara Malaysia dan Thailand pasti akan senantiasa dinantikan.

Namun begitu, Thailand lebih banyak mendominasi sukan ini berbanding Malaysia.

Servis kuda yang digagaskan oleh Thailand menjadi kunci untuk negara itu terus mendominasi.

Sehingga sekarang, tiada siapa mampu menemui penawar untuk servis kuda.

#iSportsAsia

Oleh: Azmil Azali

Comments