Hafizh Syahrin yang sah menyambung musim kedua WorldSBK bersama pasukan yang sama, MIE Racing Honda Team turut akan bergandingan dengan pelumba Brazil, Eric Granado bagi musim 2023.
Hafizh yang ditemui ketika sesi pengumuman bersama penaja RCB di Puchong, Selangor teruja dan berbesar hati dengan sokongan tanpa henti dari RCB untuk menambah baik penampilan di kejohanan dunia motosikal itu.
Hafizh juga memuji part yang disediakan oleh RCB terutama brake lever yang berikan prestasi yang amat baik namun isu yang belenggu musim lepas adalah bahagian teknikal.
Beliau sememangnya letakkan sasaran lebih baik untuk musim ini apabila menerima pakej yang jauh lebih baik dari HRC dan mendedahkan antara yang jelas kelihatan adalah chassis dan triple clamp melalui komunikasi bersama pasukan. Cuma kelainan adalah bahagian aerodinamik dan ekzos.
“Tahun kedua harapan saya adalah mahu bersaing dengan ‘team factory’ sekurang-kurangnya dengan kelompok tengah dah pada beberapa litar ada peluang berada dalam lima terbaik dan sesetengah perlumbaan HRC boleh fight untuk podium.
“Saya harap saya ada perasaan yang sama seperti pelumba factory dan cuba beri keputusan terbaik untuk pasukan dan peminat Malaysia yang selalu sokong saya walaupun saya dengan pasukan satelit tapi kita ada factory bike, itu yang pasukan katakan.
“Perbezaan aerodinamik dan ekzos berbanding jentera factory tidak beri banyak perbezaan pada jentera, itu cuma luaran namun apa yang saya perlukan adalah pakej seperti chassis, swingarm dan enjin serta elektronik paling utama diperlukan untuk jentera terutama membolehkan jentera belok lebih cepat dari jentera tahun lepas.
Dalam pada itu, beliau akan mengekalkan ketua krew kerana melihat dari perkembangan dan pengetahuan yang dia miliki untuk musim 2023.
“Mengenai crew chief, pasukan masih mengekalkan crew chief yang sama yang ditukar musim yang lepas. Beliau memahami jentera lebih dari 4 tahun dan mereka bangunkan jentera ini. Walaupun ada sedikit bergelut, saya nampak sesuatu yang positif yang antara saya dan crew chief termasuk komunikasi, situasi, dan sediakan jentera dan saya gembira dengan krew chief saya.”
Hafizh akan ke Portimao untuk ujian hujung bulan ini mahu baiki setiap setiap sudut dari segi masa, kelajuan jentera. Jelas beliau yang turut menggemari litar yang memiliki , ‘stop hard braking’ seperti Mandalika dan Magny-Cours akan mengumpul mata setiap pusingan dan lebih baik dari tahun lepas.
Kredit: Tarmac Sports Malaysia