Hadi Fayyadh Bukanlah Lord Seperti Yang Disangka

Perlawanan petang tadi menyaksikan Malaysia U23 terpaksa berhempas pulas hanya untuk seri sahaja dengan pasukan Kemboja. Tambah buruk lagi, Malaysia telah ketinggalan sebanyak dua kali sebelum gol Lord Hadi Fayyadh menyelamatkan maruah negara.

Apabila bercakap tentang Hadi Fayyadh, ramai yang menyatakan beliau seperti pokok (baca De Paula) dalam skuad negara. Buktinya dalam saingan Sukan Sea, Hadi Fayyadh hanya mampu menamatkan kemarau jaringan setelah 4 perlawanan berlangsung.

Advertisement

Walau bagaimanapun sebelum menjadi pokok seperti hari, Hadi Fayyadh adalah wonderkid kelahiran Frenz United yang sangat diperlukan oleh pasukan negara. Seawal umur 12 tahun, beliau telah terpilih untuk mewakili Malaysia U12 bagi kejohanan remaja. Bermula sejak itu nama Hadi Fayyadh tidak pernah tercicir dalam senarai akhir hampir kesemua pasukan peringkat umur Malaysia.

Paling mengkagumkan sekali adalah Hadi Fayyadh berjaya menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan lantas membantu Malaysia layak ke Piala Asia U19 buat pertama kali setelah 11 tahun.

Hadi juga adalah pemain yang memenangi Piala AFF U19 dan anggota skuad yang berjaya mara ke peringkat kalah mati sebelum tewas kepada Korea Selatan dalam acara bola sepak Sukan Asia.

Ketika bersama kelab pula, Hadi Fayyadh beraksi bersama JDT III. Lantaran prestasi yang memberangsangkan, Hadi Fayyadh telah dinaikkan pangkat ke JDT II tetapi kurang mendapat tempat. Namun apabila dimasukkan sahaja, pasti Hadi Fayyadh akan menjaringkan gol buat pasukan JDT II.

Hal itu sebenarnya telah menarik perhatian barisan kejurulatihan skuad utama JDT untuk menyerap Hadi Fayyadh. Akhirnya Hadi Fayyadh telah diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama ketika menentang Tteam. Sayangnya potensi yang diharapkan mampu dijelmakan oleh Hadi Fayyadh masih lagi samar-samar.

Perlawanan itu terus menjadi yang pertama dan terakhir Hadi Fayyadh bersama skuad utama JDT. Selepas itu, Hadi Fayyadh telah banyak beraksi bersama JDT II dan sesekali berlatih bersama skuad utama.

Biarpun begitu, Hadi tidak putus asa lantas cuba menjalani trial bersama Fagiano Okayama. Akhirnya Hadi dapat mengikat kontrak bersama Fagiano Okayama tetapi masih lagi gagal membuat sebarang aksi dalam J League 2.

Setelah dipinjamkan ke Azul Claro Numazu, barulah Hadi Fayyadh dapat membuat penampilan rasmi pertama di Jepun biarpun sekadar beraksi di J League 3 sahaja.

Berkat 4 tahun tempoh pertapaannya di Jepun, Hadi Fayyadh berjaya mengubah dirinya daripada pokok (baca De Paula) kepada penyerang yang mampu mencari ruang.

Apa-apapun, Hadi Fayyadh telah buktikan sebentar tadi. Semoga beliau mampu jaringkan gol untuk peringa semi final.

Comments