Apabila berbicara mengenai permainan video bola sepak di platform Playstation, Xbox ataupun komputer, pasti nama FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) tidak akan terlepas dari bibir.

Walau bagaimanapun, kedua-kedua permainan video ini selalu dibandingkan mana yang lebih menyeronokan.

Advertisement

Apa-apapun, kedua-duanya tetap menjadi pemainan video bola sepak paling popular di dunia.

FIFA 21

Namun bagi mereka yang masih baru ingin mencuba permainan video bola sepak, manakah yang lebih menyeronokkan, FIFA atau PES?

Jika dilihat daripada aspek keaslian pasukan, wajah pemain seakan sama dengan dunia sebenar dan gaya permainan arked sudah pasti FIFA akan menjadi pilihan.

Buat pengetahuan semua FIFA memegang hampir kesemua lesen pasukan dan liga elit di dunia. Hal ini bermakna FIFA diberikan kebenaran untuk menggunakan logo dan jersi dalam permainan video.

Ianya berbeza pula dengan PES apabila hanya dapat memegang lesen untuk beberapa pasukan sahaja.

Perkara itu menyebabkan pasukan seperti Manchester United diberikan nama Man Red dan jersinya diolah semula dalam PES.

FIFA juga menyediakan Ultimate Team dan Volta Football iaitu dua mood permainan eksklusif yang boleh dimainkan berjam-jam lamanya.

Walau bagaimanapun, PES juga miliki kelebihannya tersendiri terutama dalam aspek pergerakan bola dan permainan yang lebih realistik.

Namun begitu, PES tetap berada di belakang FIFA walaupun sering muncul dengan beberapa perkara yang menarik.

Jadi apa pula perbezaan yang wujud dalam dua permainan video bola sepak ini untuk kita membuat pilihan memilih salah satu? Perbezaan paling besar yang kita semua boleh nampak adalah masalah lesen.

Hal ini boleh lihat apabila FIFA terpaksa menggunakan nama Piemonte Calcio bagi menggantikan Juventus dan PES perlu menggunakan nama Madrid Chamartín B bagi menggantikan Real Madrid.

Dalam hal ini, kedua-duanya tiada kelebihan dan akan menjadi masalah kepada mereka yang pertama kali mencuba dua permainan video tersebut untuk memilih pasukan.

Bagaimanapula dengan manager career mode bagi kedua-kedua permainan video bola sepak ini pula?

Melalui PES, mereka menyediakan manager career mode melalui Master League dimana anda perlu menguruskan kelab untuk mengharungi saingan liga, perniagaan dan perpindahan pemain.

Master League juga lebih baik daripada manager career mode yang disediakan oleh FIFA. Hal ini demikian kerana terdapat lebih banyak teknik bahkan anda boleh mempercepatkannya dengan skip sahaja perlawanan tanpa bermain.

Walau bagaimanapun, aspek pengenalan pemain muda merencatkan sedikit kelebihan Master League. Jika anda bermain Master League, anda dapat melihat pemain yang sudah bersara akan muncul kembali sebagai pemain muda.

Sebagai contoh, Ifwat Akmal sudah bersara tetapi dua musim selepas itu pemain muda bernama Ifwat Akmal akan muncul kembali dengan wajah dan tubuh yang sama dengan umur 16 tahun.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari pemain muda bernama Ifwat Akmal kerana anda sudah mengetahui potensinya.

Bagi manager career mode FIFA, ianya berbeza apabila pemain yang sudah bersara dihasilkan semula dengan nama, wajah dan tubuh berbeza.

Situasi itu akan memberikan anda peluang membangunkan pemain secara lebih realistik. Kebiasaanya dalam kes ini, komuniti permainan video bola sepak lebih gemar memilih FIFA

Oleh itu berdasarkan perbezaan dan perbandingan yang telah dibuat, permainan video bola sepak manakah pilihan anda?

Saya pula memilih PES kerana aliran bola lebih lancar walaupun FIFA memberikan gaya sebenar pemain bola sepak beraksi.

#iSportsAsia

Oleh: Azmil Azali

Sumber

Maurice, E. (2020, Oktober 16). FIFA 21 vs PES 21: Which is a better deal & why. Screen Rant. Dipetik daripada https://screenrant.com/fifa-pes-21-better-football…/

Comments