#TwitterCrush AS Roma ialah Raja Permin FC

Baru-baru ini, akaun rasmi Twitter AS Roma telah mengeluarkan satu ‘tweet' yang telah menggemparkan

Baru-baru ini, akaun rasmi Twitter AS Roma telah mengeluarkan satu ‘tweet’ yang telah menggemparkan khususnya pada rakyat Malaysia. Ianya terjadi pada 9 Oktober 2018 di mana akaun Twitter menanyakan soalan “Siapakah crush anda di Twitter?’. Yang menariknya adalah mereka memberi jawapan iaitu kelab yang berpengkalan di Chendering, Kuala Terengganu iaitu Raja Permin FC yang kini bersaing dalam sebuah liga M5 dalam Terengganu Amateur League.

Kelab Raja Permin FC telah menerima banyak follower dari serata dunia yang membuatkan mereka berasa bangga. Ini kerana tweet tersebut telah ‘memperkenalkan’ Raja Permin FC yang baru sahaja berpijak dalam industri bolasepak ke mata dunia. Besar maknanya buat mereka. Tak sia-sia admin Twitter Raja Permin FC retweet status AS Roma.

Kelab gergasi Itali follow Twitter kau, mau tak seronok

Sejarah Penubuhan

Kelab komuniti ini ditubuhkan pada tahun 1995 hasil dari idea Allahyarham Syed Mustaffa bin Tuan Kuning. Kebanyakkan pemain Raja Permin FC ini terdiri daripada pemain dari sekitar Kampung Raja (Raja Chendering, Raja Baram & Rajawali) dan pemain dari Taman Permin Jaya. Terciptanya nama kelab Raja Permin FC adalah gabungan nama dari Kampung Raja dan Taman Permin Jaya.

Tahun ini merupakan tahun pertama pernyertaan bagi mereka di M5 Terengganu Amatuer League. Perlawanan terkini mereka berlaku pada 5 Oktober 2018 dan mencatat seri 1-1. Ketika ini mereka menduduki di tangga ke-5 daripada 10 pasukan yang bertanding dan telah mencatatkan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah dengan jumlah 4 mata.

Misi & Visi

Antara visi dan misi kelab Raja Permin FC pada ketika ini ialah misi mereka untuk mewujudkan satu ekosistem misi pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kualiti pemain bola sepak negara secara konsisten. Manakala visi Raja Permin FC ialah untuk melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berpotensi untuk bermain secara konsisten dan mampu bersaing di Liga Malaysia dan lebih lagi.

Rakan-rakan Penaja Pasukan Raja Permin

  1. Kaki Jersi Dot Com
  2. Terengganu Inc
  3. Koperat – Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd
  4. Lotus Five Star Cinemas

BACA: Penjenamaan semula pasukan JDT yang perlu dicontohi

Media Sosial

Kelab ini juga agak aktif di laman media sosial. Mereka pun ada buat penjenamaan semula dan tampak lebih komersial. Bolehlah follow mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

Comments