Di Malaysia, terdapat beberapa kelab bola sepak yang dianggotai artis ataupun selebriti. Antaranya adalah Superlawak FC yang dianggotai oleh Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu. Ada juga beberapa orang artis yang beraksi di Liga M5 dan Liga M4 bagi mewakili kelab-kelab amatur.
Dekat Korea pun, perkara seumpama itu juga wujud tapi ada beza sikit. Apa yang bezanya?
FC Men yang diwakili oleh para penyanyi dan pelakon Korea Selatan bernaung di bawah kelab Suwon Samsung Bluewings. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2011.
Paling menarik sekali para penyanyi dan pelakon Korea Selatan yang menyertai FC Men dibenarkan memakai jersi Suwon Samsung Bluewings ketika berhadapan kelab lain. Bermakna jika FC Men menentang Buntut Pulau FC, mereka akan terasa seperti pemain Suwon Samsung Bluewings.
Ketua pasukan bagi FC Men ialah Kim Junsu yang juga merupakan bekas anggota kumpulan JYJ.
Antara ahli pasukan lain bagi FC Men ialah Yang Yo-seob daripada kumpulan Beast dan Lee Gi-kwang yang pernah menerajui drama My Princess. Pasukan ini dilatih oleh bekas penjaga gawang Korea Selatan iaitu Jung Sung-Ryong.
Sekarang ni cuba bayangkan jika ada mana-mana kelab bola sepak yang disertai artis bernaung di bawah kelab Liga Super.
Mungkin di masa hadapan kita bakal melihat Superlawak FC menentang Dugong All Star menggunakan jersi JDT dan Selangor.