Fakta-Fakta Menarik Tentang Chess Yang Kita Semua Harus Tahu

1. Permainan Strategi

Catur ialah permainan berbentuk strategi yang dimainkan 2 orang pemain di sebuah papan 64 petak dengan 16 buah catur untuk setiap orang.

Terdapat 3 fasa dalam permainan catur iaitu pembukaan (opening), permainan pertengahan (middle game) dan pengakhiran (end game).

Advertisement

Permainan yang rasmi atau formal akan dibekalkan jam mekanikal atau digital bagi setiap meja.

2. Berasal Dari India

Catur dipercayai berasal dari permainan yang dipanggil ‘Chaturanga‘ yang dipercayai berasal dari India pada abad ke 6.

Chaturanga adalah ayat Sanskrit yang merujuk kepada empat bahagian ketenteraaan India lama iaitu gajah, pasukan berkuda , kereta perang (pedati kuda) dan infantri.

3. Dipopularkan Oleh Orang Arab

Dari India, permainan ini tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan.

Permainan catur yang dimainkan pada hari ni adalah permainan yang telah dmajukan eropah selatan. Permainan catur atau dalam bahasa arabnya ‘Shatranj’ telah diubah suai dan beberapa peraturan baru telah ditambah.

4. Asal Perkataan Checkmate

Perkataan “catur ataupun chess” itu sendiri berasal dari perkataan “Chaturanga”. Perkataan ‘checkmate’ berasal dari frasa Parsi, “shah mat” dimana membawa maksud “ Raja Telah Mati “.

5. Papan Catur Pertama

Buku kedua yang pernah dicetak dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan catur. Papan catur yang pertama memperkenalkan warna terang dan gelap pada tahun 1090 di Eropah.

6. Jam Catur

Jam catur mekanikal pertama dicipta oleh Thomas Wilson pada tahun 1883 dan telah disempurnakan oleh Veenhoff pada tahun 1900.

7. Pertandingan Antarabangsa Pertama

Pertandingan catur antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1851 di London. Permainan catur tertua direkodkan dalam sejarah adalah dari 900-an, di antara seorang ahli sejarah dari Baghdad dan muridnya.

8. Umpama Matematik Dan Sains

Permainan catur juga umpama Matematik dan Sains. Terdapat beberapa formula dan teori untuk dihafal dan diterjemahkan melalui gerakan gerakan, lebih lebih lagi pada fasa permulaan.

Antara nama nama strategi pada fasa permulaan (opening) ialah Scorch Opening, English Opening dan Spanish Opening. Antara variasinya pula ialah Dragon Variation dan Bird Variation.

Terdapat ratusan, mungkin ribuan formula yang berbeza setiap lamgkah bagi strategi pembukaan atau permulaan permainan.

FIDE iaitu Federation Internationale des Echecs atau Pertubuhan Catur Dunia telah ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris, Perancis. FIDE menggunakan motto “Gens Una Sumus” dalam bahasa latin iaitu “We Are One People”.

9. Anugerah Catur

Permainan catur juga memilik gelaran atau anugerah yang diiktiraf FIDE.Ianya bermula dengan Candidate Master (CM) , FIDE Master (FM), International Master (IM) dan yang tertinggi adalah Grandmaster (GM).

Biasanya dalam bentuk yang ringkas, ia boleh digunakan sebagai gelaran seorang. Sebagai contoh Viswanathan Anand boleh digelar sebagai “GM Viswanathan Anand”.

Gelaran ini dimulakan pada tahun 1950. Rusia mempunyai paling ramai pemain bertaraf Grandmaster melebihi dari mana-mana negara lain dengan berjumlah 15 6orang.

Jerman adalah kedua dengan 61 dan Amerika Syarikat mengekori rapat dengan 60.

10. Main Catur Tutup Mata

Tahukah anda , seseorang pemain mampu bermain catur tanpa melihat papan catur ? permainan tersebut dipanggil “ blindfold game”.

Pemain hanya akan berkomunikasi melalui ‘chess notation’ atau isyarat bagi pergerakan catur bagi bermain. Biasanya,pemain akan menggunakan seseorang untuk menggerakkan buah catur tersebut.

Comments