Erik ten Hag Geleng Kepala Tengok Aksi Manchester United

Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images

Artikel Asal MakanBola

Dalam aksi terakhir saingan Liga Perdana Inggeris pada semalam, pasukan Manchester United telah tewas di tangan pasukan Crystal Palace dengan keputusan 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Selhurst Park itu turut dihadiri pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag.

Advertisement

Umum mengetahui, Erik ten Hag telah dilantik menjadi pengurus Manchester United untuk saingan musim depan dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun.

Dalam perlawanan semalam, Erik ten Hag beberapa kali dilihat menggelengkan kepala semasa perlawanan berlangsung. Gol tunggal pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha pada minit ke-37 permainan memastikan United terpaksa menamatkan kempen kali ini dengan kekalahan.

Prestasi merudum pasukan The Red Devils pada musim ini telah meletakkan mereka berada pada tangga keenam saingan EPL 2021/2022. Ramai dalam kalangan peminat yang mengharapkan perubahan serta dimensi bola sepak baharu di bawah kendalian Erik ten Hag.

Pengurus yang terkenal dengan falsafah bola sepak tersendiri ini dikatakan mememiliki sistem permainan moden yang sesuai dengan Manchester United. Sikapnya yang tegas turut menjadi nilai tambahan bagi perubahan serta kebangkitan pasukan Manchester United musim depan.

Ulasan iSA

Sebenarnya sangat tertunggu-tunggu apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Erik untuk kembalikan zaman kegemilangan Manchester United. Beliau sendiri menyatakan antara perkara yang menyebabkan terasa sangat ‘excited’ untuk uruskan Man Utd adalah dia nak memastikan penyokong berasa bangga dengan Manchester United.

“First of all, we want to make the fans proud. Second, of course we are in this moment, the current situation is obviously not that good. It’s a big challenge. I want to build and construct a team who are battling for each other, who are unified and who will get results. Also we are playing in the Theatre of Dreams. We want to entertain. But in the end, the intention is to play fantastic football. If we can’t play fantastic football, we still have to win.”

Transkrip penuh wawancara pertama Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United ada di sini

Comments