Tahukah anda kali terakhir pasukan yang menjadi tempat lahirnya bola sepak layak ke separuh akhir EURO adalah pada edisi 1996. Ketika itu England dibarisi oleh pemain-pemain hebat seperti David Seaman dan Alan Shearer.

Lebih menarik lagi pengendali England ketika ini iaitu Gareth Southgate adalah salah seorang pemain daripada skuad Three Lions yang layak ke separuh akhir EURO 1996. Lima edisi selepas itu England hanya mampu layak setakat peringkat suku akhir sahaja.

Advertisement

Apa yang lebih memeritkan lagi, England pernah gagal layak ke saingan EURO pada edisi 2008. Ketika edisi EURO 2016 pula, England tewas 2-1 dengan pasukan kerdil iaitu Iceland pada peringkat 16 terbaik. Satu gol yang berjaya dijaringkan itu adalah hasil sepakan penalti daripada Wayne Rooney.

Namun hari ini, skuad England sudah berbeza walaupun tidak dipenuhi bintang seperti era Frank Lampard dan Steven Gerard. Buktinya mereka berjaya memberi saingan apabila lewat pagi tadi, England dengan mudah meratah Ukraine tanpa belas kasihan dengan 4 jaringan.

Harry Kane yang sebelum ini beraksi seperti De Paula dan sangat sukar menemui gol, berjaya mencetak 2 jaringan untuk membawa England ke peringkat separuh akhir. Malah pemain-pemain yang suka buat kelakar ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris juga turut menyumbang satu jaringan.

Menariknya keempat gol tersebut dijaringkan oleh naib kapten Spurs iaitu Harry Kane, kapten Manchester United iaitu Harry Maguire dan kapten Liverpool iaitu Jordan Henderson. Sekali lagi Gareth Southgate berjaya mara ke separuh akhir EURO bersama England tetapi hari ini sebagai seorang pengendali.

Adakah trofi EURO akan kembali ke tanah kelahiran bola sepak?

#iSportsAsia

Comments