Ecuador Mudah Jinakkan Tuan Rumah

Pada tengah malam tadi telah berlangsung perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 antara tuan rumah iaitu Qatar menentang Ecuador.

Jika dilihat atas kerja, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang setara. Ranking dunia juga menunjukkan Qatar dan Ecuador berada dalam kedudukan yang agak rapat.

Advertisement

Dari segi head to head pula, kedua-duanya sama kuat kerana memiliki 1 kemenangan, 1 kekalahan dan 1 keputusan seri. Namun sedikit kelebihan memihak kepada Qatar kerana pertemuan terakhir menentang Ecuador menunjukkan negara itu menang 4-3 dalam perlawanan persahabatan.

Bermula sahaja tiupan wisel, Ecuador terus mengasak sehingga mampu menjaringkan gol seawal minit ke 3 perlawanan melalui Enner Valencia. Pemain Qatar protes dan mahukan VAR terhadap gol tersebut.

Hasilnya gol tersebut dibatalkan kerana seorang pemain Equador berada dalam kedudukan ofside yang sangat tipis.

Ecuador tak tunggu lama apabila Enner Valencia berjaya menjaringkan penalti setelah penjaga gol Qatar iaitu Saad Al-Sheeb menjatuhkan pemain Ecuador di dalam kotak penalti.

16 minit selepas itu, Ecuador datang sekali lagi menerusi jaringan Enner Valencia. Beliau berjaya menjaringkan setelah lompatannya untuk menanduk bola tidak dicabar oleh mana-mana pemain Qatar.

Di akhir-akhir separuh masa pertama Qatar cuba bangkit dengan melakukan serangan pantas ke atas Ecuador. Sayangnya Almoez Ali gagal menjaringkan gol walaupun tidak dicabar oleh pemain Ecuador untuk menanduk bola. Tamat separuh masa pertama, Equador mendahului Qatar dengan jaringan 2-0.

Masuk separuh masa kedua, Qatar cuba bangkit dengan melancarkan lebih banyak serangan ke atas Ecuador. Tapi semuanya tidak berjaya. Ecuador pula cuba untuk menambah jaringan tapi masih juga buntu.

Tamat perlawanan, Ecuador berjaya mengatasi Qatar melalui dua jaringan Enner Valencia. Timbul persoalan, adakah Qatar masih tak mampu nak bersaing dalam Piala Dunia? Kalau begitu mungkin Qatar boleh mencipta rekod sebagai tuan rumah paling ayam dalam penganjuran Piala Dunia.

Comments