Umum mengetahui bahawa kejohanan Piala Malaysia sudah pasti dibatalkan disebabkan arahan Majlis Keselamatan Negara menggariskan bahawa sukan yang mempunyai sentuhan fizikal tidak dibenarkan atas kapasiti ingin mengurangkan risiko dijangkiti virus Covid-19.

Satu lagi slot beraksi di Piala AFC 2021 diberikan kepada Terengganu yang berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super 2020.

Advertisement

Piala Malaysia merupakan kejohanan bola sepak yang tertua di rantau asia.

Kejohanan yang pertama kali dianjurkan pasa tahun 1921 ini dengan nama Piala HMS Malaya ini sudah pasti mempunyai 1001 kenangan kepada peminat bola sepak negara.

Tertangguhnya kejohanan Piala Malaysia sudah pasti menggusarkan peminat peminat bola sepak tanah air.

Walau bagaimanapun, kerinduan untuk menyaksikan kemeriahan bola sepak Piala Malaysia mungkin boleh sedikit terubat jika MFL menganjurkan kejohanan ePiala Malaysia sekali lagi.

Pada tahun 2019, MFL dengan kerjasama Gamesbond telah menganjurkan kejohanan e-Piala Malaysia.

Kejohanan ini menggunakan permainan video FIFA di samping memanggil lapan pemain professional untuk mewakili pasukan yang telah layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.

Antara pemain pemain yang mewakili pasukan bola sepak yang terpilih adalah LuqmanHzq, beliau merupakan pemain Malaysia yang konsisten bermain dalam peringkat antarabangsa.

LuqmanHzq telah ditabalkan menjadi juara setelah menewaskan Mirza Nabil yang mewakili Melaka Utd, sekali gus memberikan takhta kejuaraan untuk Terengganu.

AmTuah sebagai wakil Perak yang diletakkan sebagai calon juara ternyata tersingkir awal setelah tewas kepada Selangor yang diwakili oleh Ismirza.

Menarikmya format yang digunakan juga sama seperti format Piala Malaysia di mana aksi timbal balik digunakan, malah jadual perlawanan juga mengikut jadual sebenar Piala Malaysia.

Perlawanan akhir ePiala Malaysia juga telah disiarkan semasa perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil.

Adakah kita akan dapat lihat sekali lagi ePiala Malaysia untuk tahun ini? Atau ePiala Malysia juga terpaksa dibatalkan kerana kejohanan Piala Malaysia juga telah dibatalkan.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments