Era pandemik covid-19 yang belum menunjukkan tanda tanda akan berakhir menimbulkan kegusaran kepada seluruh peminat sukan tanah air.

Sudah banyak kejohanan yang terpaksa ditangguh ataupun dibatalkan kerana mahu membendung penularan covid-19.

Advertisement

Antara kejohanan yang terkesan adalah liga bola sepak Malaysia yang terpaksa dipendekkan dan juga Piala Malaysia terpaksa dibatalkan.

Pembatalan dua kejohanan utama ini memberi impak maksimum yang teruk kepada seluruh industri bola sepak tanah air.

Bagaimana pula dengan musim baharu liga bola sepak negara kita? Adakah akan diteruskan ataupun ditangguhkan sehingga semua negeri bukan lagi menjadi zon merah.

Seperti semua sedia maklum, pihak MFL pernah menganjurkan kejohanan E-Malaysian Football League (E-MFL).

Kejohanan ini adalah versi e-sukan bagi Liga Super Malaysia. Beberapa pemain FIFA profesional telah disaring melalui proses kelayakkan akan dipilih untuk mewakili setiap pasukan yang berada di dalam liga super Malaysia.

MFL menjadi liga kedua di Asia yang menjalinkan kerjasama dengan EA Sports untuk menganjurkan kejohanan rasmi bagi permainan video FIFA.

Negara pertama yang menganjurkan kejohanan serupa adalah negara Arab Saudi.

MFL yakin dengan adanya kejohanan seperti ini dapat mengubatkan kerinduan peminat-peminat bola sepak negara terhadap aksi bola sepak sebenar.

MFL juga yakin dan mahu menyediakan platform kepada atlet-atlet profesional e-sukan untuk menuju ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada kejohanan yang lalu, Mohd Hairy yang telah mewakili Terengganu FC berjaya dinobatkan sebagai juara.

Ianya merupakan kejuaraan ke dua bagi Terenganu FC setelah berjaya menjadi juara untuk E-Piala Malaysia melalui pemain Luqman Haziq.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini mendapat respon yang positif apabila jumlah tontonan di media sosial hampir mencecah 300 ribu tontonan.

Semoga MFL sedia untuk meneruskan kejohanan E-MFL bagi memeriahkan lagi industri bola sepak dan e-sukan dalam negara kita.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments