Sebelum ini Dion Cools telah mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak dengan FC Midtjylland atas persetujuan bersama.
Hal ini telah memberi kejutan kepada peminat bola sepak negara kerana ada satu kelab di selatan Uganda menyatakan Dion Cools telah bersetuju untuk menyertai mereka.
Malah kalau boleh, Dion Cools mahu kontrak ditawarkan kepadanya dengan kadar segera. Walau bagaimanapun kelab selatan Uganda itu tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menebus kontrak Dion Cools dengan harga agak tinggi.
Jadi penamatkan kontrak oleh FC Midtjylland menandakan bahawa Dion Cools sudah bersedia untuk bermain bunga api di Liga Super Malaysia sehingga dirinya bersara.
Walau bagaimanapun, Dion Cools membuat kejutan dengan menyertai kelab FK Jablonec yang beraksi di Czech First League. Bermakna hasrat kita semua untuk melihat Dion Cools bermain bunga api pada setiap musim di Liga Super masih lagi tidak tercapai.
Situasi ini secara tidak langsung menafikan terus dakwaan Dion Cools akan bermain di Liga Super. Bahkan beliau sendiri menyatakan akan beraksi di Eropah terlebih dahulu sebelum buat keputusan bermain bunga api di Liga Super Malaysia.
Apa-apapun good luck kepada Dion Cools di FK Jablonec. Semoga dapat menembusi kesebelasan utama dan menjadi pemain harapan di sana.
Tapi ada satu kemusykilan bakal melanda fikiran kesemua rakyat Malaysia. Ini kerana hal sedemikian juga pernah terjadi satu ketika dahulu melibatkan Mohamadou Sumareh. Tindakan Sumareh menamatkan kontrak dengan Pahang sangat mengejutkan semua pihak kerana beliau bermain dengan sangat baik.
Selepas sahaja bergelar ejen bebas, ramai membuat spekulasi bahawa Sumareh akan beraksi dengan kelab selatan Uganda. Kejutan berlaku apabila Sumareh telah menandatangani kontrak bersama kelab Thailand iaitu Police Tero lantas meredakan sedikit kegusaran hati peminat bola sepak tempatan.
Dengan hanya beraksi beberapa perlawanan bersama Police Tero, Sumareh kembali semula ke Liga Super Malaysia untuk menyertai kelab selatan Uganda. Bagi peminat bola sepak tempatan itu adalah bala bagi pemain naturalisasi pertama Malaysia. Tapi duduk dekat atas bangku pun masih dapat banyak duit. Orang yang bising ini dapat apa?
Berbekal peristiwa ini, perkara sama juga boleh terjadi kepada Dion Cools. Semoga FK Jablonec tidak menjadi tempat persinggahan sementara sahaja untuk menuju selatan Uganda.