Tidak lama dahulu, penulis ada menyentuh salah satu cadangan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk Sukan Olimpik Tokyo 2021 iaitu memberi vaksin Covid-19 kepada atlet-atlet yang bertanding.

Cadangan yang diutarakan ahli IOC, Dick Pound itu dilihat bertujuan memberi keyakinan kepada semua pihak terutama penganjur dan penonton bahawa ia boleh dilangsungkan dengan selamat.

Advertisement

Bagaimanapun sebaik saja berita itu muncul di dada akhbar atau kaca televisyen, ia mengundang reaksi negatif dalam kalangan atlet baik atlet Olimpik mahupun Paralimpik.

atlet olimpik
110 m hurdles

Pada mereka, cadangan memberi vaksin kepada atlet berbanding golongan yang lebih memerlukan dianggap satu tindakan tidak bermoral.

Perkara ini dibangkitkan oleh atlet paralimpik Britain, Neil Falchie selepas menonton temubual Pound di BBC beberapa hari lepas.

Padanya, lebih elok vaksin Covid-19 diberi kepada golongan yang berisiko berbanding atlet-atlet kerana dari segi usia dan kesihatan, mereka kurang berisiko dijangkiti.

Sentimen sama dikongsi atlet gimnastik Kanada, Kyle Shewfelt. Shewfelt melihat vaksin sebagai emas cecair dan keutamaan sepatutnya diberi kepada golongan berisiko seperti warga emas dan petugas barisan hadapan

Beliau yang pernah memenangi pingat emas gimnastik pada Sukan Olimpik Athens 2004 melihat Sukan Olimpik Tokyo 2021 masih boleh dianjurkan dengan selamat tanpa mengira sama ada atlet telah mendapat vaksin atau tidak.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang beberapa negara daripada memberi vaksin kepada atlet-atlet mereka.

Salah satu negara yang berbuat demikian ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan memberi suntikan vaksin kepada juara Tour de France, Tadej Pogacar.

Pogacar dan rakan-rakan sepasukannya dari UAE mendapat suntikan vaksin semasa menjalani kem latihan pada minggu lepas.

#iSportsAsia

Oleh: Moustapha Abbas

Sumber

Reuters. (2021). Olympics: High-risk people must get priority over athletes for vaccine – Wiebe.

Comments