Diego Jota Di Tangga Teratas Fifa Ultimate Team

Bila disebut nama Diogo Jota, sudah pasti peminat peminat bola sepak tahu akan pemain Liverpool yang Berjaya menjaringkan 5 gol dari 9 pernampilan beliau di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain ini melengkapkan perpindahannya dari pasukan ke Wolves ke Liverpool pada musim perpindahan pemain tahun 2020/2021.

Advertisement

Diogo Jota telah melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia kerana berjaya menduduki tangga pertama dunia dalam permainan FIFA Ultimate Team.

Memenangi kesemua 30 perlawanan tanpa kalah, beliau berjaya mencipta rekod yang setanding dengan pemain-pemain professional FIFA dunia. Beliau menggunakan pemain-pemain ikon di dalam pasukan beliau seperti Ronaldo, Eusebio dan juga Guilit.

Kejayaan ini bukan yang pertama untuk Digo Jota kerana pada musim lepas, beliau berjaya menewaskan Trent Alexander-Arnold pada kejohanan jemputan ePremier League sekali gus dinobatkan sebagai juara sulung kejohanan itu.

Jota turut mengatakan bahawa permainan video FIFA juga merupakan salah satu daripada minat beliau kerana pada waktu kecil, beliau dihadiahkan Play Station.

Adakah terdapat pemain pemain bola tempatan yang turut cemerlang di dalam permainan video FIFA seperti Jota?

Jika ada, mari berkongsi bersama kami. Pasti menarik jika dapat melihat pemain bola sepak tempatan bermain bola sepak secara virtual.

#iSportsAsia

 

Comments