Dua perlawanan lewat pagi tadi memiliki intensiti yang hampir sam dengan perlawanan semalam. Kita mula terlebih dahulu dengan perlawanan antara bekas juara dunia menentang pengasas bola sepak.

Jerman dijangka akan layak ke saingan suku akhir EURO kerana hanya melawan pasukan seperti England sahaja. Walau bagaimanapun, jangkaan itu meleset apabila kedua-dua pasukan seri sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Advertisement

Jentera serangan kedua-dua serangan yang diketuai oleh Timo Werner dan Harry Kane kelihatan sangat tumpul. Malah kedua-dua penyerang itu juga dilihat seperti berlari tanpa arah tujuan hidup. Harry Kane yang memiliki peluang keemasan pada minit-minit akhir separuh masa pertama juga gagal menjaringkan gol.

Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masih bermain dengan rentak yang sama sehinggalah England mengambil keputusan untuk membawa masuk Jack Grealish bagi menggantikan Bukayo Saka pada minit ke 69.

Empat minit selepas itu, England berjaya mendahulu Jerman melalui jaringan Raheem Sterling. Beberapa minit selepas itu, Thomas Muller memiliki peluang satu lawan satu untuk menyamakan kedudukan. Namun sepakannya menyerong walaupun hanya berdepan penjaga gol sahaja.

Akhirnya, England menutup terus peluang Jerman untuk bangkit dengan jaringan pertama Harry Kane dalam EURO hasil hantaran lintang Grealish. Gol itu sudah cukup mengesahkan tempat England di saingan suku akhir EURO.

Dalam perlawanan kedua pula, kedua-dua pasukan iaitu Sweden dan Ukraine boleh dikatakan sangat liat. Ukraine terlebih dahulu membuka jaringan melalui Oleksandr Zinchenko pada minit ke 27.

Sweden tak tunggu lama apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 43 melalui gol Emil Forsberg. Tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan 1 jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, Sweden dan Ukraine saling berbalas serangan tetapi mereka tetap buntu untuk mendapatkan jaringan sehingga masa sebenar perlawanan tamat.

Memasuki masa tambahan pertama, tragedi telah melanda pasukan Sweden apabila Marcus Danielson telah menerima kad merah. Pada mulanya Danielson hanya dikenakan kad kuning tetapi selepas melalui saringan VAR, dia diberikan kad merah atas terjahan keras terhadap Artem Besyedin.

Bagi memastikan Sweden tidak bolos, mereka telah bertahan sehinggalah memasuki masa tambahan kedua. Ketika perlawanan seseolah akan tamat dengan kedudukan seri, secara tiba-tiba Artem Dovbyk menjaringkan gol hasil hantaran lintang Zinchenko.

Gol terus meranapkan impian Sweden untuk bangkit atau sekurang-kurangnya menuju ke penentuan sepakan penalti. Tamat perlawanan anak-anak buah Shevhenko berjaya membawa Ukraine ke saingan suku akhir EURO

#iSportsAsia

Comments