Datuk Nicol Ann David – Greatest Of All Time

Pada tahun lepas, Datuk Nicol diundi sebagai Pemain Skuasy Terbaik Sepanjang Zaman (Greatest of All Time) oleh Persatuan Skuasy Professional.

Ratu Squasy Negara (mungkin juga di dunia) Datuk Nicol Ann David telah secara rasminya mengumumkan persaraan beliau di arena antarabangsa pada 19 Februari lepas.

Advertisement

Menginjak usia 36 tahun pada tahun ini, beliau sudah memulakan kariernya sejak berusia 8 tahun lagi (mula bermain pada usia 5 tahun). Antara pencapaian terawal beliau adalah menjuarai Kejohanan Remaja Dunia di Belgium pada tahun 1999. Pada tahun 2000 pula, bermulalah langkah sebagai pemain squasy profesional.

Selepas menjuarai Terbuka Finland, Datul Nicol terus mengorak langkah sebagai pemain tersohor dan pencapaian terbaiknya pastilah menduduki Ranking no.1 paling lama di dunia iaitu selama 9 tahun, sehingga September 2015!

Kupasan pencapaian sepanjang karier Datuk Nicol boleh dirumuskan melalui infografik ini:

Pada tahun lepas, Datuk Nicol diundi sebagai Pemain Skuasy Terbaik Sepanjang Zaman (Greatest of All Time) oleh Persatuan Skuasy Professional. Bakal membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat yang akan bermula 23 Februari ini.

Terima kasih atas segala keringat dan sumbangan yang Datuk curahkan pada negara dan rakyat Malaysia. Selamat Maju Jaya

Comments