Darwin Nunez Anggap EPL Terlalu Sukar

Sejak ketibaan Darwin Nunez ke Liverpool, dia dianggap antara penyerang yang mampu buat kelab lain menangis ketakutan.

Tapi lain pulak yang jadi. Baru je beraksi dah kena gantung sebab naik hantu pergi tanduk pemain pertahanan Crsytal Palace iaitu Joachim Andersen.

Advertisement

Ingatkan bala dah habis. Rupanya baru je nak mula sebab sehingga ke hari ini, Darwin Nunez hanya mampu jaringkan 10 gol sahaja dalam 25 perlawanan.

Paling teruk sekali dia cuma jaringkan 5 gol je dalam 14 perlawanan EPL. Bakinya lagi dia hanya jadi badut dan standup comedian sahaja di atas padang.

Persoalannya kenapa Darwin Nunez sangat sukar nak tonjolkan potensinya di EPL?

Darwin Nunez cakap dia tak sangka EPL ni susah sangat. Sebab masa dekat Portugal senang je dia nak jaringkan gol.

Sebelum ni Otamendi dah cakap EPL ni susah. Nunez anggap tu cuma gurauan je. Sebab elok je ramai penyerang boleh menyerlah dekat sana.

Tapi nasib Jurgen Klopp ni jenis tak kisah. Sebab dia tanya kelebihan Nunez hanyalah berlari dan mencari ruang.

Cuma masalah Nunez ni tak reti sabar dan tenang. Jadi Jurgen Klopp sarankan Nunez cari ketenangan dulu. Musim depan tunggulah Nunez akan menjaringkan banyak gol sehingga pasukan lawan menangis semahu-mahunya.

Comments