Hasrat Maghribi untuk mendapat tempat ketiga ekoran gagal layak ke final, punah sama sekali di tangan Croatia lewat malam semalam.
Biarpun dalam peringkat kumpulan, Maghribi berjaya mengikat Croatia tetapi mereka tak mampu ulangi lagi pencapaian tersebut dalam penentuan tempat ketiga.
Bermula sahaja perlawanan, Croatia terus mengasak kubu Maghribi hingga menyebabkan pasukan itu bermain agak sedikit deep. Tekanan Croatia membuatkan penjaga gol Maghribi iaitu Yassine Bounou hampir sahaja menjaringkan gol sendiri pada minit ke-3.
Nasib baik bola tu hanya bergolek di depan gawang dan terkeluar setelah melepasi tiang gol. Pada minit ke-7, gol Croatia menjelma juga setelah Josko Gvradiol berjaya menandung hantaran hasil sepakan percuma Luka Modric.
Maghribi tak tunggu lama apabila terus merespon 2 minit selepas itu menerusi tandukan Achraf Dari. Gol ini juga berpunca daripada sepakan percuma.
Selepas itu kedua-dua pasukan terus rancak mengasak bagi mendapatkan gol kedua. Tapi rezeki memihak kepada Croatia apabila Mislav Oršić berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42.
Apa yang menarik adalah lencongan Mislav Oršić membuatkan Yassine Bounou terkapai-kapai kelemasan. Namun Mislav Oršić bernasib sedang lencongannya terkena tiang dan terus masuk ke gawang gol. Tamat separuh masa pertama, Croatia mendahulu Maghribi dengan jaringan 2-1.
Memasuki separuh masa kedua, Maghribi cuba meningkatkan intensiti perlawanan bagi memburu jaringan kedua. Malangnya semua percubaan tidak mendatang hasil. Pemain Maghribi kelihatan seperti terpinga-pinga ketika berada di depan pintu gol Croatia.
Tamat perlawanan, Croatia berjaya memenangi tempat ketiga dan Maghribi hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.
Apa-apapun tahniah kepada Maghribi kerana menjadi pasukan Afrika pertama yang berjaya layak hingga ke peringkat separuh akhir. Lepas ni makin naiklah harga pemain-pemain Maghribi.