UEFA Champions League sudah pasti mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri bagi peminat bola sepak seluruh dunia.

Kejohanan ini menjadi perhatian kerana mengumpulkan pasukan-pasukan bola sepak terbaik dalam dunia dan Eropah.

Advertisement

Format pertandingan yang digunakan juga boleh dikatakan amat sesuai untuk mencari pasukan terbaik dalam Eropah.

Maka tidah hairan EA Sports melakukan kerjasama dengan pihak UEFA untuk menambahkan kehangatan permainan video FIFA.

Ea sports bermula tahun lepas melakukan eChampions League sebagai kejohanan rasmi untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke kejohanan dunia FIFA.

Tidak terkecuali pada tahun ini, EA Sports baharu saja mengumumkan akan mengadakan kejohanan eChampions League.

Walaupun tidak mengumumkan lagi tentang format baharu yang akan digunakan namun EA Sports menjanjikan format berbeza akan digunakan pada tahun ini.

EA Sports yakin bahawa dengan format ini juara yang akan ditabal nanti hadir dari kalangan pemain terbaik.

Kejohanan ini akan membuka penyertaan kepada pemain pemain yang tinggal di sekitar Eropah.

Walaupun pada kejohanan sebelum ianya membuka penyertaan kepada pemain-pemain di luar eropah, namun pada kali ini penyertaan hanya terhad kepada pemain yang mendapat status verified.

Kejohanan eChampions League ini juga boleh disaksilan di saluran rasmi UEFA di YouTube.

Adakah satu hari nanti EA Sports akan mengadakan kerjasama dengan Asian Champion League dan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pemain pemain profesional di Malaysia.

#iSportAsia

Oleh: AmTuah

Comments