Setiap tahun pasti akan ada berita-berita menggemparkan berlaku mengenai industri sukan negara.

Industri sukan di Malaysia tidak pernah tidur dari kontroversi dan juga drama.

Advertisement

Namun secara tidak langsung, drama dan kontroversi ini akan meningkatkan nilai komersial sesuatu sukan itu.

Walau bagaimanapun itu bukan lesen untuk terus mencari publisiti melalui kontroversi.

Prestasti atlet sudah pasti akan mudah terjejas jika dipalit sebarang kontroversi yang tidak baik.

Secara tidak langsung, mental atlet akan beralih fokus kepada benda yang tidak penting.

Kita beruntung kerana pada tahun 2020, industri sukan negara boleh dikatakan sunyi daripada kontroversi mungkin disebabkan pandemik Covid-19.

Kredit: Reddit

Pada tahun 2017, industri sukan kita bukan sahaja meriah dengan pencapaian dalam peringkat antarabangsa seperti Faiz Subri memenangi anugerah Puskas daripada FIFA, tetapi tetap dihiasi dengan pelbagai berita menggemparkan dan kontroversi yang melanda industri sukan malaysia.

Antara kontroversi yang sering diperkatakan ketika itu adalah berkaitan Wendy Ng Yan Yee iaitu atlet elit negara telah gagal ujian doping.

Bahan terlarang yang dijumpai hasil ujian doping itu adalah sibutramine yang kebiasaannya terdapat dalam produk kecantikkan.

Tambah mengecewakan, ujian doping itu dilakukan pada temasya Sukan Sea.

Selain itu, atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi juga telah gagal ujian doping kerana disyaki mengambil bahan jenis steroid sinetik anabolik dan androgenik iaitu oxymetholone.

S.Kumar yang merupakan antara atlet yang menjadi taruhan negara setiap kali berlangsung kejohanan hoki di peringkat dunia juga terpalit dengan kontroversi isu doping pada tahun 2017.

Beliau telah gagal ujian doping ketika Sukan Asia sedang berlansung.

Selain daripada isu doping, industri sukan negara juga dikejutkan dengan kes jenayah yang melanda.

Staff kejurulatihan pasukan renang kebangsaan telah ditahan polis apabila didakwa melakukan kesalahan merogol pasa tahun 2017.

Tambahan lagi, ketua jurulatih terjun kebangsaan tidak disambung kontrak kerana dikatakan tidak dapat mengawal keharmonian pasukan elit negara kerana dipercayai terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti kes gangguan seksual, ugutan dan banyak lagi.

Isu pemecatan dan pertukaran tampuk pemerintahan persatuan-persatuan sukan juga tidak kurang hebat pada tahun 2017.

Ketua jurulatih bola sepak negara, Vingada telah meletakkan jawatan kerana sepanjang perkhidmatan, beliau tidak memenangi sebarang perlawanan peringkat antarabangsa.

Berita yang paling menggemparkan Malaysia sudah pasti berita tentang perlantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dikenali sebagai pencetus revolusi bola sepak negeri Johor, sudah pasti pada tahun 2017 peminat bola sepak Malaysia mengharapkan perkara sama dari TMJ.

Industri sukan di Malaysia tidak akan pernah sunyi daripada kontroversi dan berita menggemparkan.

Namun biarlah pencapaian atlet dalam peringkat antarabangsa juga diangkat dan diraikan.

Kadang kala pencapaian atlet boleh dikatakan amat baik tetapi disebabkan sukan itu kurang popular, pihak media kurang untuk membuat liputan dan ambil peduli.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Berita Harian. (2017, Disember 31). Sorotan sukan Malaysia sepanjang tahun 2017. Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/…/sorotan-sukan-malaysia…

Comments