Budaya Ppalli-Ppalli Dan Pasukan Bola Sepak Malaysia

Sejak pelantikkan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Malaysia yang baru, ramai peminat bola sepak tempatan berharap beliau dapat memulihkan reputasi skuad kebangsaan.

Antara langkah awal yang dibuatkan oleh Kim Pan-gon untuk membaiki sistem skuad kebangsaan adalah dengan penerapan budaya ppalli-ppalli.

Advertisement

Buat pengetahuan semua, budaya ppalli-ppalli yang bermaksud cepat dan pantas merupakan sebahagian daripada identiti masyarakat Korea.

Budaya ppalli-ppalli ini mula dipratikkan oleh masyarakat Korea kerana bekas presiden ialah Park Chung-hee mahu membawa negara itu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Hasilnya daripada budaya ppalli-ppalli ini, Korea berjaya menjadi ekonomi ke-13 terbesar dunia dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat sebanyak 370 kali ganda sejak 60 tahun lepas.

Jadi apa kaitan budaya ppalli-ppalli dengan pasukan bola sepak Malaysia?

Budaya ppalli-ppalli sangat menentang sikap sambil lewa dan menekankan sifat menghargai masa. Jadi dekat Korea, semua benda berjalan dengan sangat laju dan masyarakatnya sangat berdisiplin.

Perkara yang sama cuba diterapkan oleh Kim Pan-gon untuk memastikan prestasi skuad kebangsaan kembali pulih.

Antaranya adalah Kim Pan-gon menerapkan latihan berintensi tinggi selama 1 jam 10 minit dalam beberapa sesi untuk memastikan pemain dapat beradaptasi dengan corak permainan pantas.

Latihan yang diterapkan oleh Kim Pan-gon bikin para pemain tidak sempat langsung berbual kosong. Hal ini sekaligus membuatkan pemain menjadi semakin fokus dan tidak membuang masa.

Selain itu, Kim Pan-gon cukup pantang dengan sikap sambil lewa yang akan membuatkan pemain kurang fokus dalam latihan.

Untuk itu, Kim Pan-gon telah menetapkan beberapa peraturan baru yang wajib dipatuhi oleh pemain tanpa kompromi.

Menurut Faisal Halim, pemain yang salah pakai kasut ketika turun berlatih akan didenda sebanyak RM150.

Tambahan pula, pemain juga dilarang menggunakan telefon pintar ketika hari perlawanan. Jika terdapat pemain yang melanggar arahan ini, mereka akan dikenakan denda serta-merta.

Bagi para pemain mereka menerima peraturan baru ini dengan hati terbuka dan gembira sekali. Hal ini demikian kerana mereka bermain untuk negara dan bukan sekadar mewakili rumah sukan untuk pertandingan peringkat sekolah sahaja.

Jadi mereka perlu menyahut seruan negara dengan bersemangat dan perasaan bangga.

Apa-apapun kita harap penerapan budaya ppalli-ppalli mampu memberikan impak yang positif kepada skuad kebangsaan.

Jika masih lagi dilanda kekalahan, jangan risau kerana kita baru nak bertatih semula.

 

Comments