Semua sedia maklum hari ini anda boleh menjana pendapatan hanya dengan bermain game sahaja. Bagi mereka yang agak konservatif, bermain game ini sangat membuang masa berbanding pekerja lain.
Namun semua stigma telah ditepis apabila game atau dikenali sebagai permainan video mula dipertandingkan di arena antarabangsa melalui platform esukan.
Di Malaysia juga kita diperlihatkan dengan seorang pemain esukan iaitu Soloz yang mampu menjana puluhan ribu sebulan. Jadi bolehkan menjadi jutawan dengan hanya bermain game sahaja?
Sebelum itu kita perlu mengenal dua jenis pemain profesional yang terlibat dalam platform esukan.
Pertama adalah pemain profesional yang menyertai pertandingan-pertandingan esukan seperti PUBG, Call Of Duty dan FIFA 2020.
Kebiasaannya, jenis ini memiliki rutin seperti atlet sukan biasa. Jangan ingat bahawasanya bermain permainan video adalah mudah kerana anda perlu menjaga stamina dan pelbagai aspek lain laksana atlet sukan.
Duit boleh dijana melalui wang kemenangan melalui kejohanan yang disertai dan wang daripada tajaan. Walau bagaimanapun, untuk membina sebuah pasukan untuk kejohanan esukan bukanlah mudah.
Hal ini demikian kerana anda memerlukan bajet yang begitu besar terutamanya melibatkan barangan elektronik.
Kedua pula pemain profesional yang bermain permainan video melalui kaedah penstriman di beberapa platform seperti facebook dan youtube.
Pemain jenis menjana pendapatan melalui wang yang dibayar daripada facebook dan youtube berdasarkan jumlah tontonan.
Ianya merupakan cara paling senang untuk pemain profesional mendapat wang tetapi dengan syarat harus dikenali oleh masyarakat.
Antara contoh pemain profesional yang menggunakan kaedah penstriman di Malaysia adalah Soloz dan Kidal.
Tahukah anda melalui kaedah penstriman, pemain pemainan video bisa mengapai enam hingga tujuh angka pendapatan.
Bagi mencapai pendapatan sebanyak itu, anda perlu mahir dalam pemainan video tetapi bukanlah bermakna anda mesti menjadi pemain elit.
Asalkan anda miliki karektor menarik dengan gabungan beberapa sifat bagi menarik perhatian masyarakat untuk menonton.
Salah satu pemain pemainan video yang pernah mencapai pendapatan enam hingga tujuh angka adalah Chai Yee Fung atau lebih dikenali sebagai Mushi.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang menceburi esukan mampu menjana duit dengan banyak.
Semuanya bergantung kepada kemahiran jika anda secara serius ingin menempatkan diri di dalam kejohanan esukan.
Bagi penstriman pula anda perlu membina fanbase dalam jangka masa yang panjang sebelum mampu membuat duit melalui kaedah monetize.
Apa-apa pun, Malaysia perlu turut serta dalam kebangkitan esukan sebagai antara industri terbesar di dunia.
Buat pengetahuan semua, esukan telah menjana RM4.47 bilion pada tahun 2019 meningkat 27 peratus berbanding 2018.
Hal ini telah membuatkan ramai orang seperti Jennifer Lopez, Steve Aoki, the Kraft Group dan Sequoia Capital mula melabur dalam esukan.
September lalu, Louis Vuitton telah mengumumkan bahawa syarikat itu ingin mereka pakaian watak-watak dalam League of Legends World Championship.
Hari ini juga kita telah menyaksikan di Eropah khususnya esukan telah memiliki struktur kejohanannya tersendiri.
Malahan terdapat beberapa kejohanan esukan yang agak mirip dengan pertandingan sukan popular dunia seperti bola sepak, tenis dan badminton.
Mungkin di masa hadapan, kita bakal melihat esukan mampu menjana jutaan ringgit serta menjadi satu budaya popular yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.
Sumber
Capps, R. (2020, Febuari 18). How to make billions in e-sports. The New Time Magazine. Dipetik daripada https://www.nytimes.com/…/magazine/esports-business.html