Betul Ke Korea Layak Ke Separuh Akhir Piala Dunia 2002 Kerana Bantuan Pengadil?

Kontroversi memang tidak akan pernah terlepas dari mana-mana penganjuran Piala Dunia. Paling diingati adalah ketika edisi Piala Dunia 2002 yang menyaksikan Korea Selatan layak ke separuh akhir.

Itu adalah satu pencapaian yang membanggakan kerana sebelum ini hanya Korea Utara yang mampu layak ke suku akhir edisi 1966.

Advertisement

Namun disebalik kejayaan itu ada yang cakap Korea main kotor untuk menang. Apa yang terjadi sebenarnya?

Dakwaan Korea main kotor dah kedengaran sejak peringkat kumpulan lagi sebab pasukan pilihan gagal iaitu Portugal gagal mara ke pusingan 16 terbaik. Tapi mungkin kerana beraksi di tempat sendiri, Korea dapat semangat yang luar biasa.

Bila masuk je pusingan 16 terbaik menentang Italy, segala kontroversi bermula.Korea dikatakan bermain denga agak kasar tetapi langsung tidak diberikan kad oleh pengadil. Paling menyirap sekali adalah Francesco Totti telah dibuang padang hanya kerana diving.

Padahal pemain Korea siap menyiku dan tackle guna dua kaki tapi tak dapat kad. Malah jaringan Italy turut dibatalkan atas dakwaan ofside. Akhirnya Korea menang 2-1 melalui peraturan gol emas lantas layak ke suku akhir menentang Sepanyol.

Sekali lagi pengadil buat keputusan yang sangat pelik iaitu membatalkan dua gol daripada Sepanyol. Hal ini memaksa perlawanan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti dan Korea menang.

Di separuh akhir, langkah Korea ditamatkan oleh Jerman apabila Michael Ballack menjaringkan gol tunggal.

Sejak dari itu bermacam teori konspirasi mengenai kejayaan Korea layak ke separuh akhir. FIFA cuma cakap itu adalah kesilapan pengadil dan tiada kaitan dengan gejala pengatur perlawanan. Tapi bab Korea ni faham-faham sendiri lah ye dengan chaebolnya lagi.

Comments