Betul Ke Jepun Belajar Dari Malaysia Untuk Menjadi Lebih Hebat?

TOPSHOT - Japan's teammates celebrate after winning the Qatar 2022 World Cup Group E football match between Japan and Spain at the Khalifa International Stadium in Doha on December 1, 2022. (Photo by Adrian DENNIS / AFP)

Ketika Jepun nak tubuhkan liga bola sepak profesional, mereka telah pergi ke beberapa negara untuk belajar. Antaranya seperti Jerman dan Amerika Syarikat. Jangan terkejut sebab Jepun juga ada bertandang ke Malaysia dan Indonesia untuk belajar.

Kenapa Jepun perlu datang ke negara lain untuk belajar? Padahal bola sepak dah jadi budaya mereka dan pernah menang pingat gangsa di Sukan Olimpik.

Advertisement

Ceritanya begini, Jepun dah ada liga yang bertaraf semi-pro. Tapi masalahnya, kesemua pasukan yang bertanding dalam liga adalah kelab milik syarikat seperti Mazda Motors FC dan Yanmar Diesel FC. Pemain-pemain pula terdiri daripada pekerja syarikat.

Bila guna nama syarikat ni cuma para pekerja je lah yang akan jadi penyokong. Sebab masyarakat setempat tak rasa kelab itu mewakili daerah mereka.

Jadi pengerusi Japan Soccer League (JSL) iaitu Kenji Mori cadangkan pembentukan sebuah liga profesional.

Bagi tujuan itu, mereka telah pergi ke banyak negara untuk mempelajari struktur dan pemasaran liga profesional.

Akhirnya, J.League berjaya terbentuk pada tahun 1992 dengan perlawanan pertama mencatakan kehadiran 59k penonton. Bukan itu sahaja, Jepun juga mewajibkan kelab bola sepak milik syarikat menukar nama kepada daerah tempat mereka bertapak.

Maka muncul lah beberapa kelab seperti Sanfrecce Hiroshima dan Cerezo Osaka. Hasil daripada banyak belajar dari negara lain termasuk Malaysia membuatkan Jepun terus maju dalam bola sepak.

Hari ini J.League sentiasa menghasilkan bakat-bakat baru bola sepak Jepun. Malah kekuatan anak jadi Kyoto dengan pemain import adalah setara. Kita pula emmm fikirlah sendiri.

Comments