Setiap anggota badan yang digerakkan untuk manusia bekerja memang nilainya sangat penting kepada diri masing masing.

Tanpa anggota badan yang sempurna, sukar untuk kita melakukan apa sahaja kerja untuk mencari wang ringgit. Bagi sesetengah orang, anggota badan merupakan satu aset penting kepada mereka lalu mereka mencarum insurans untuk kegunaan pada masa hadapan.

Advertisement

Kita sering mendengar kebanyakkan atlet mempunyai polisi insuran mereka yang tersendiri, hal ini boleh dilihat apabila banyak media massa memberikan pendedahan tentang insuran David Beckham dan juga Cristiano Ronaldo.

Tahukah anda David Beckham mengambil polisi insurans yang beharga $78 juta hanya untuk kakinya pada tahun 2006. Hal ini kerana pada waktu itu, Beckham sedang berada di dalam puncak prestasi dan juga sedang menyediakan diri untuk kejohanan Piala Dunia FIFA 2006.

Real Madrid pula telah mencarum polisi insurans beharga $153 juta untuk bahagian bawah badan Cristiano Ronaldo hanya kerana beliau sering dikasari semasa perlawanan. Hal ini ini kerana ingin mengelakkan kerugian jika beliau cedera dan tidak dapat bermain.

Umum mengetahui bahawa Cristiano Ronaldo merupakan penerima is gaji tertinggi di Real Madrid.

Terdapat banyak lagi atlet sukan yang mencarum polisi insurans khas untuk anggota badan mereka. Dan setiap caruman polisi ini memang amat membantu mereka.

Oleh: Am Tuah

Comments