Benda Apa Yang Ada Dekat Bawah Kayak?

Setelah 4 hari berturut-turut Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022) berlangsung, ada satu perkara yang sangat membinggungkan. Jika dilihat kayak yang digunakan oleh peserta daripada pelbagai kategori ada sedikit berbezaan.

Paling menarik sekali adalah kayak yang digunakan oleh peserta dari kategori SS1 Men Open International Single Ocean Race. Ini kerana di bahagian bawah kayak mereka terdapat benda seperti bilah. Kalau tak percaya boleh tengok gambar dekat bawah:

Advertisement

Apa benda tu dan nak guna macam mana?

Itu adalah SKEG yang kebiasaannya digunakan oleh pendayung untuk berkayak di laut. Kalau sekadar dekat tasik pula, boleh sahaja guna kayak biasa kerana tidak perlu hadapi air bergelora.

Bagi kayak laut pula, ada satu fenomena yang dipanggil sebagai weathercocking. Fenomena ini terjadi apabila bahagian belakang kayak atau lebih dikenali sebagai stern sukar mengawal haluan air dan sukar potong angin.

Situasi itu boleh bertambah buruk andai kata cuaca tidak mengizinkan ataupun laut sedikit bergelora. Jadi pendayung perlu mengerah lebih banyak tenaga untuk memastikan kayak bergerak dalam laluan yang betul. Kalau dalam pertandingan pula, memang agak sukar kerana akan meletihkan untuk mengejar podium.

Jadi dengan ada skeg di bahagian bawah stern, pendayung lebih mudah mengawal kayak dan boleh potong angin. Kalau ombak bergelora sekalipun, masih lagi belum rilek sebab skeg membantu untuk potong angin.

Sebenarnya banyak perkara atau istilah menarik dalam sukan kayak ini yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Kalau diselam lebih dalam lagi, pelbagai perkara baru yang boleh diteroka.

Comments