Baru-baru ini muncul satu isu tentang JDT tidak akan dibenarkan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tahun ini.

Ianya berpunca daripada penarikan diri JDT dalam saingan tersebut tahun lepas atas saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyekat keluar dan masuk dari Malaysia.

Advertisement

Situasi tersebut membuatkan skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan baki aksi peringkat kumpulan ACL di Doha menentang Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings.

 

Penarikan diri itu boleh mengakibatkan JDT berdepan denda sebanyak AS$50,000 (RM207,000) dan penggantungan dua tahun dalam saingan ACL menurut Peraturan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Perkara 6.2.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, pasukan yang bakal menggantikan JDT mestilah memiliki lesen ACL dan menamatkan kedudukan dalam saingan Liga Super di kedudukan separuh terbaik.

Bermakna terdapat empat pasukan yang bisa menggantikan tempat JDT di saingan ACL iaitu Perak, Terengganu FC, Kedah dan Selangor.

Namun begitu menurut Serbegeth Singh, tiada pasukan dari Liga Malaysia yang layak menggantikan tempat JDT di pentas ACL.

Hal ini berikutan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum mampu beraksi di ACL.

Salah satunya adalah tahap permainan di atas padang bagi menghadapi gergasi Asia Timur dari China, Jepun dan Korea Selatan.

Boleh dikatakan tiada lagi pasukan yang mampu mencapai tahap JDT untuk memberi saingan kepada gergasi Asia Timur.

Sebagai contoh Kedah dan Perak kalah besar menentang FC Seoul serta Ulsan Hyundai dalam pusingan ketiga kelayakan ACL.

JDT juga turut menjadi mangsa belasahan apabila dibaham tanpa belas kasihan oleh Vissel Kobe yang diketuai Andres Iniesta.

Jadi selesaikan dahulu corak dan tahap permainan bagi memberi saingan kepada pasukan gergasi dari Asia Timur.

Walau bagaimanapun ada sedikit cahaya dihujung terowong bawah laut apabila kes Al-Wahda dijadikan rujukan kepada situasi yang dihadapi oleh JDT.

Kelab daripada Emiriah Arab Bersatu itu juga menghadapi masalah sama dengan JDT dan pasukan tersebut masih boleh beraksi untuk tahun ini.

Jadi berkemungkinan besar, JDT akan meneruskan ngaumannya di ACL pada tahun ini.

Hal ini demikian kerana Jawatankuasa Sub Covid-10 AFC memutuskan kegagalan Al-Wahda tiba di venue perlawanan berikutan larangan ke luar negara dianggap sebagai force majeure (situasi luar jangka) selaras dengan perenggan 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan A.

Kepada semua penyokong pasukan JDT dan bola sepak Malaysia, usah khuatir kerana kemungkinan untuk JDT beraksi di ACL tahun ini adalah tinggi berdasarkan kes Al-Wahda.

Jikalau JDT dilarang untuk beraksi sekalipun, tempat untuk ke ACL masih terjamin untuk pasukan dari negara kita.

Cuma pasukan yang akan menggantikan JDT itu harus bersedia dari segala aspek bagi menghadapi cabaran tertinggi bola sepak Asia.

#iSportsAsia

Comments