Atlet sering kali dikhabarkan sebagai manusia yang kurang berilmu kerana hanya fokus pada sukan.

Stigma masyarakat yang sering kali berfikir bahawa kebanyakkan atlet dari kelas belakang harus dihentikan.

Advertisement

Aktif dalam bidang sukan bukan bermaksud melupakan hal akademik. Bagi atlet yang berjaya mereka akan memastikan pelajaran dan sukan bergerak selari tanpa meninggalkan mana mana bahagian.

Terdapat beberapa atlet yang boleh dikatakan sangat genius ataupun bijak. Kebanyakkan atlet yang bijak ini berjaya mengubah persepsi serong masyarakat tentang atlet.

Jika kita lihat pada Marion Bartoli yang bermain tenis, beliau merupakan juara Wimbledon. Namun yang mengejutkan adalah ujian IQ beliau dikatakan berjumlah 175.

Pemain moden yang sering disamakan dengan beliau adalah Roger Federer kerana boleh bertutur dalam lima bahasa.

Selain itu, Ryan Fitzpatric merupakan seorang quarterback di NFL. Sebelum bermain untuk pasukan Tennessee Titan, beliau menamatkan pelajaran di Harvard University.

Pemain ini mencatatkan markah ke-3 tertinggi sepanjang zaman dalam ujian yang dilakukan oleh penganjur liga untuk ujian memproses data.

Bekas pemain dari pasukan sama iaitu Titan Myron juga merupakan salah seorang genius yang pernah bermain NFL.

Kredit: CNBC

Beliau menamatkan ijazah dalam tempoh tidak sampai tiga tahun dan terus menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang perubatan.

Pemain pasukan Red Fox untuk MLB ini boleh dikatakan melakukan kerja yang agak lari dari bidang yang dipelajaari.

Craig Boselaw menamatkan pelajaran dalam bidang biofizik molekul dan biokimia molekul di New York University.

Mengikut berita daripada Yale Alumni Magazine, beliau meletakkan gambar Albert Einstien dalam loker latihan mereka.

Pencapaian akademik yang telah digapai oleh pemain pemain profesional ini perlu dijadikan inspirasi oleh atlet-atlet lain untuk lebih berilmu supaya stigma masyarakat akan berubah.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Carroll, K. (2013, Oktober 25). Let’s Get Neurological!: 11 Really Smart Athletes. MF. Dipetik daripada https://www.mentalfloss.com/…/11-really-smart-athletes

Comments