Malam tadi telah berlangsung perlawanan suku akhir melibatkan Jepun menentang Croatia.
Jika dilihat atas kertas, Croatia memiliki sedikit kelebihan kerana pernah beraksi di final pada edisi Piala Dunia 2018.
Ditambah pula rekod head to head lebih condong kepada Croatia yang mencatatkan 2 kemengan, 1 seri dan 1 kekalahan menentang Jepun.
Tapi harus diingat, Jepun merupakan satu pasukan yang penuh kejutan. Siapa sangka mereka mampu tewaskan Jerman dan Sepanyol sehingga menjadi juara kumpulan. Croatia tak boleh memandang rendah kemampuan Jepun.
Bermula sahaja separuh masa pertama, Jepun terus bernafsu liar melancarkan serangan ke atas kubu Croatia. Hasilnya Shogo Taniguchi hampir sahaja menjaringkan gol tetapi tandukannya sedikit tersasar.
Lima minit lepas tu, Croatia pula yang mengganas. Sayangnya Ivan Perisic tidak mampu menjaringkan gol walaupun miliki peluang begitu besar setelah pemain pertahanan Arsenal iaitu Takehiro Tomiyasu buat lawak atas padang.
Angkara kesilapan itu, Jepun mula tingkatkan intensiti perlawanan bagi memburu jaringan awal. Apabila bola sentiasa di hadapan, pertahanan akan kurang buat lawak atas padang.
Usaha berterusan Jepun memburu jaringan berjaya juga selepas Daizen Maeda membuka akaun jaringan pada minit ke 43. Menariknya tentang jaringan itu adalah kombinasi antara 3 pemain yang tidak mampu dihalang oleh Croatia.
Tamat separuh masa pertama, Jepun mendahului Croatia 1 berbalas telur lantas miliki peluang cerah untuk layak ke suku akhir.
Memasuki separuh masa kedua, Croatia terus memadamkan harapan Jepun melalui jaringan Ivan Perisic pada minit ke 53.
Keputusan seri 1-1 membuatkan kedua-dua terus menyerang untuk memburu gol kemenangan. Malangnya gol tidak kunjung tiba biarpun perlawanan sudah diheret ke masa tambahan.
Mahu tak mahu, pemenangan perlu ditentukan melalui sepakan penalti. Jepun menjadi yang pertama mengambil sepakan penalti.
Tugasan itu diambil oleh Takumi Minamino sepakan penyepak pertama. Jika dia berjaya menyempurnakan penalti, itu akan menjadi tonik kepada pemain Jepun yang lain.
Tapi dia gagal kerana ditepis oleh penjaga gol Croatia. Entah yang bukan-bukan bekas pemain Liverpool ni, kerjanya buat lawak je.
Kegagalan itu memberikan kesan kepada pasukan kerana hanya seorang pemain sahaja yang mampu jaringkan gol. Baki lagi 3 ditepis oleh penjaga gol.
Keputusan penuh menyaksikan Jepun tunduk kepada Croatia 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti.