Kalendar mula menghampiri bulan terakhir pada tahun ini. Penamat tahun ini mungkin dianggap berbeza kerana pandemik yang sedang melanda.
Hujung tahun juga menandakan bahawa akan bermulanya musim sejuk bagi banyak negara dan juga musim hujan pada negara kita.
Namun adakah dengan penurunan suhu disebabkan kedu- kedua musim ini akan menjadi sebab untuk kita berhenti menjalankan aktiviti fizikal? Semestinya tidak.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira, paling penting adalah kekalkan diri dalam keadaan panas.
Dua perkara harus dilakukan melalui pemakaian adalah dengan menggunakan baju yang boleh membuatkan anda senang berpeluh.
Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan haba yang banyak dapat keluar daripada badan. Jadi sangat tidak digalakkan memakai pakaian yang kurang sesuai seperti seluar pendek dan baju tanpa lengan.
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak akan merasakan sejuk pada bahagian otot yang digunakan seperti kaki kerana pada ketika itu mereka sedang melakukan aktiviti fizikal, seperti berjogging.
Walau bagaimanapun secara tidak langsung, ini akan mengakibatkan atlet tidak dapat beraksi pada tahap yang maksima.
Hal ini demikian kerana cuaca yang amat sejuk akan membuatkan otot dan sistem saraf kurang responsif.
Instensif yang boleh diambil untuk kekalkan suhu badan pada suhu yang sesuai, atlet disarankan untuk memakai pakaian yang berlapik-lapik.
Atlet juga disarankan untuk memakai pakaian nipis pada lapisan pertama untuk memastikan peluh yang keluar boleh terus diserap bagi memastikan suhu badan tidak jatuh ketika atlet berehat.
Pada lapisan kedua, atlet disarankan untuk memakai pakaian yang tebal untuk mengelakkan haba keluar dari badan.
Atlet juga boleh memilih pakaian yang mempunyai poket supaya boleh menyimpan sarung tangan ataupun sarung kepala.
Ramai yang berfikir apabila kita berehat, kita boleh berehat di mana mana tempa, tetapi atlet sangat digalakkan untuk berehat dan terus kekal dalam keadaan panas.
Ianya kerana apabila anda berehat dan suhu badan menurun apabila perlu meneruskan kembali aktiviti fizikal yang merisikokan diri untuk mengalami kecederaan.
Apa jua cuaca sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk kita terus melakukan aktiviti fizikal selagi keadaan cuaca itu selamat untuk kita.
Oleh: AmTuah