Prestasi atlet sukan acap kali dilabelkan sebagai luar biasa kerana bukan semua manusia mampu melakukan apa yang atlet sukan buat terutama dalam peringkat tertinggi.

Tidak hairanlah apabila kadang kala prestasi atlet itu sendiri diumpamakan seperti haiwan.

Advertisement

Sebagi contoh, pantas seperti cheetah, kuat seperti gajah dan banyak lagi.

Pernahkah anda terfikir jika atlet sukan ini bersaing dengan haiwan-haiwan yang sudah secara semulajadi biologinya mempunyai kelebihan tersendiri.

Buat pengetahuan semua sudah ramai atlet yang bersaing dengan haiwan tertentu untuk acara masing-masing sejak awal 1930-an lagi.

Ada atlet yang bersaing secara langsung dengan haiwan secara berhadapan dan ada juga yang menggunakan data untuk dibandingkan.

Antara acara pertama yang dipertandingkan adalah lumba lari antara pelari pecuh Amerika Syarikat, Jesse Owen dengan seekor kuda

Pelari pecut itu mencabar seekor kuda setelah beliau sendiri memenangi pingat emas olimpik pada tahun 1936.

Ternyata pemenang pingat ema situ sukar digugat kerana untuk perlumbaan itu beliau telah menewaskan kuda tersebut.

Selain itu, acara marathon sepanjang 35KM juga telah dipertandingkan antara atlet Tim Gould dan seekor kuda.

Pada awalnya tampak kuda sudah semestinya mempunyai kelebihan tersendiri namun pada pertembungan kali ini, Tim Gould gah menewaskan kuda tersebut.

Cheetah yang dilabelkan sebagai hidupan berkaki empat terpantas di darat ini juga kerap kali dicabar oleh atlet atlet pecut.

Seekor cheetah pernah direkodkan data berlari dalam acara 100meter dengan masa yang dicatatkan hanya 5.95 saat.

Rekod ini menunjukkan cheetah ini menewaskan masa yang direkodkan oleh usain bolt sebanyak 4 saat.

Antara pemenang pingat emas terbanyak olimpik adalah Michael Phelp dalam acara renang.

Sudah semestinya ramai mengimpikan beliau untuk bersaing dengan hidupan di laut.

Pada satu rancangan yang diterbitkan oleh Discovery Channel, Beliau telah berlumba dengan seekor ikan jerung untuk jarak 100 meter.

Walaupun perlumbaan itu tidak dilakukan sebelah menyebelah tetapi rekod yang dicatatkan ternyata atlet olimpik itu tewas kepada jerung tersebut.

Prestasi luar biasa atlet atlet ini membuktikan bahawa dengan teknik dan latihan yang betul boleh menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Siapa pernah menjangkakan tubuh badan manusia mampu bersaing dengan haiwan-haiwan di muka bumi ini.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Wood, R. (2017). Athletes versus animals. Topend Sports. Dipetik daripada https://www.topendsports.com/sport/athletes-v-animals.htm

Comments