Asal Usul Gasing

Gasing merupakan antara permainan tradisional yang agak popular di Malaysia. Walaupun gasing tradisional sudah jarang dimainkan, beyblade iaitu gasing versi moden masih lagi menjadi kegilaan anak muda.

Bukan itu sahaja, permainan gasing juga turut diabadikan dalam karya kreatif negara seperti Ejen Ali. Dalam series tersebut, kita dapat melihat Ali menggunakan dua gasingnya untuk membentuk serangan kamekameha bagi menewaskan Cinco.

Advertisement

Persoalannya sekarang macam gasing ini boleh tercipta?

Ada beberapa teori yang menerangkan tentang asal usul gasing. Antaranya adalah gasing dikatakan berasal daripada aktiviti orang Melayu yang gemar memecahkan batu menggunakan kayu. Lama kelamaan, kegiatan itu mula berevolusi kepada gasing untuk lebih mudah pecahkan batu.

Pendapat kedua pulak cakap, gasing pada awalnya bukanlah diperbuat daripada kayu. Sebab orang Melayu dulu lebih gemarkan buah berembang yang banyak tumbuh di pesisir pantai sebagai gasing.

Oleh kerana bentuknya yang sesuai untuk diputar menggunakan tangan, buah berembang menjadi pilihan sebagai permainan di masa lapang.

Terakhir sekali, ada yang kata gasing berasal daripada permainan laga telur ayam. Kisahnya pada zaman dahulu, kanak-kanak gemar pusingkan telur ayam untuk bermain bersama kawan.

Orang dewasa yang nampak permainan ini terasa macam nak mencuba. Tapi tak kan lah kubur dah memanggil-manggil pun masih lagi nak main laga telur ayam. Jadi mereka pun mencipta gasing berasaskan bentuk telur ayam.

Masalah gasing yang baru dicipta tu tak pusing laju sangat. Sebab deme pusing pakai tangan. Kalau nak laju juga memang penatlah tangan tu. Fikir punya fikir, mereka dapat idea untuk putarkan gasing menggunakan tali agar dapat bertahan lama.

Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, sukar untuk kita jumpa rekod bertulis tentang permainan gasing di Kepulauan Melayu. Apa yang pasti gasing telah wujud sekian lama di sini.

Comments