Rekod paling awal menyatakan bahawasanya permainan persis bola sepak telah wujud dalam kebudayaan Mesoamerika.
Ianya dimainkan secara berpasukan dengan sebiji bola yang diperbuat daripada batu lebih 3000 tahun lalu. Bola itu dikatakan sebagai simbolik kepada matahari dan kapten yang kalah bakal dijadikan korban kepada para dewa.
Suka persis bola sepak juga telah dimainkan di China sekitar abad kedua masihi dan dikenali sebagao Cuju. Ianya dimainkan dengan bola dalam kawasan berbentuk empat segi. Permainan ini turut popular di Jepun sehingga dijadikan sebagai acara keagamaan.
Bola sepak moden pada hari ini dikatakan berakar umbi daripada Rom.
Buat pengetahuan anda semua, di Rom permainan melibatkan bola tidak termasuk sebagai sukan hiburan tetapi dijadikan sebagai latihan ketenteraan. Hal inilah yang telah membawa permainan berasaskan bola ke Britain.
Selepas itu semuanya telah menjadi sejarah dan bola sepak terus melakar sejarah sebagai sukan paling popular. Malaysia merupakan antara negara Asia terawal menerima sukan bola sepak apabila Piala Malaysia diiktiraf sebagai kejohanan bola sepak tertua di Asia.